Kursus Training of Trainers (TOT) Pelatih Super untuk KPDNKK Perak
1 November 2013Kursus Imej untuk pakar Matematik di Institut Sains Matematik, Universiti Malaya
4 November 2013Merah “terang dan menyala” adalah warna CuteCarry (I am a cool person-in skin tone territory) dan bila menggayakan kurta merah daripada Yamina ini, diri terasa agak terserlah.
Warna terang ini menjadi pilihan CuteCarry di Deepavali pada tahun ini. Seawal jam 9.00 pagi CuteCarry sudah memandu dari Kuala Kangsar untuk melawat bestie CuteCarry iaitu Thana. Ini adalah kali pertama sejak tahun 2001 CuteCarry datang ke rumah Thana untuk sambutan Deepavali. Kami dah mengenali sejak berbelas tahun yang lalu dan dia adalah antara orang yang CuteCarry paling percaya dan senang bila berkawan. Kawan yang baik memang susah hendak dicari dah oleh kerana itu, CuteCarry amat menghargai kawan baik seperti dia.
CuteCarry with Thanavalli Rajaretnam dan kakak beliau. Sedap tosai!
Kurta merah ini agak menarik perhatian terutamanya ketika tengah-tengah panas matahari dan CuteCarry mengisi petrol di Hentian Bukit Merah (Semanggol). Tapi tiba-tiba segala tumpuan beralih kepada seorang lelaki India yang memakai kurta yang lagi mera, beg Furla oren tu pun tidak mampu melawan kemeriahan baju lelaki tersebut!!!!
Pada malam hari Deepavali juga, keluarga CuteCarry di Kuala Kangsar mengadakan kenduri tahlil dan juga bersempena menyambut Awal Muharam.
I am having a white moment. ATAS DASAR DAN PRINSIP PRIVACY YANG DIAMALKAN SEKIAN LAMA OLEH CUTECARRY, GAMBAR KELUARGA DAN RUMAH TIDAK DISIARKAN.
Pada malam itu, ada majlis bacaan yassin dan juga tahlil. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga pada hari itu kerana beratus orang juga menghadiri majlis tersebut. Juadah ialah Lauk ayam merah, daging kari, daging goreng kacang panjang, ikan masin, tetapi yg paling cepat habis ialah gulai tempoyak dan sambal nyor dgn ulam pucuk kaduk! Btw..no catering involved ye.. masak sendiri *not me yg masak obviously!
I am a very happy person, blessed with a great family members and awesome friends. Syukur Alhamdulillah.