Entry tahun ke 6 CuteCarry.com: Perubahan perlu dalam hidup!!!
24 May 2013Weekend Rock & Roll tengkorak look?
26 May 2013Rakan CuteCarry baru sahaja putus cinta. Siapa yang tidak sedih jika sudah bercinta beberapa tahun akhirnya dia dapat tahu yang suaminya sudah berkahwin dan mempunyai anak! Ingatkan single tapi dah setengah dozen anaknya. Terapi penenang kepada kedukaan kawan CuteCarry ialah bershopping dan makeover. So, dia pun mengheret CuteCarry bershopping… ya ampun, rasanya pada hari itu sahaja hampir RM10 ribu shopping dan itu tidak termasuk pi salon tukar style rambut (motif sangat, walaupun dia pakai tudung!) dan juga belanja CuteCarry makan (fine dining of course) juga sepasang kasut Zara. Thank you girl! Akan ku ingat dirimu bila ku memakai kasut ini!
Kisah diatas itu dia, seorang yang amat berjaya dengan duit dalam akaun yang sangat lebat. Bagaimana pula jika break up untuk orang yang duit cukup bayar ansuran kereta, rumah dan makan? Takkan hendak bawa CuteCarry bershopping kat The Gardens and Pavi kan.
CuteCarry pun pernah break up dulu. Waktu tu umur agak muda, baru memulakan hidup di Kuala Lumpur. Waktu tu tengah flirt dan berkawan dengan seseorang..more than a crush. We go out, we are having fun and I think this is the best moment in my entire life. Yeah rite… Setelah beberapa lama, kita makan bersama disebuah restoran mahal (I can afford it waktu tu tapi dia belanja) Cutecarry berada di awamgan, syurga la kononnya. Tiba-tiba dia cakap “rasanya kita tiada chemistry!”.
Berdegup jantung, seriously waktu tu rasa macam jantung berhenti sekejap. Senang nya cakap. Tiada kimia ke, tiada keserasian ke kenapa setelah beberapa lama baru hendak cakap kan. Oh…
Tapi akhirnya CuteCarry akur. Buat apa hendak sedih sangat kan jika orang tidak hendak. Paling lawak ialah sehari selepas break up Cutecarry sibuk google hendak jadi ‘sukarelawan’. Kononnya hendak membantu haiwan dan manusia yang dalam kesusahan sebab ketika tu kalau hendak menderma tiada duit. Masih teringat kawan-kawan cakap “aikkk…takkan sampai hendak jadi volunteer kut, so not you lah” . Sampai sekarang kawan-kawan masih ingat dan jadi bahan nak kenakan CuteCarry.
Rasa sangat bodoh dan ohh..sangat hopeless. Peristiwa tu berlaku rasanya dah 9 tahun. Waku tu sangat muda dan blog ini tidak wujud dan masih bekerja makan gaji cukup-cukup makan je. Totally loser sangat rasanya kalau ingat balik. Lawak terbahak-bahak pun ada. Tapi CuteCarry kumpulkan perkara yang boleh anda buat jika baru break up…
Senang sahaja, buat perkara supaya masa lapang yang banyak tu terisi. Antaranya ialah dengan join volunteer. Erk..sebenarnya CuteCarry join sekejap juga volunteer itu kononnya hendak mengisi masa lapang tetapi sekejap sahaja. So, jika anda hendak melupakan break up apa kata anda cari volunteer yang boleh anda join. Mana tau dapat kenal kawan-kawan baru!
CuteCarry join volunteer tu sekejap tetapi lepas tu CuteCarry pun mula terasa ingin menambahkan pendapatan. Tidak pernah TERFIKIR untuk buat business macam yang CuteCarry buat sekarang, so asalkan dapat duit berpuluh ringgit atau ratus pun CuteCarry happy. Asalkan masa terluang dapat diisi. So, kepada yang dah break up dan broke tu, apa kata rajin-rajin cari duit. Dapat juga bayar duit minyak, sewa rumah ataupun tol. Banyak cara nak cari duit, cuma hendak atau tak je.
Waktu tu facebook tak wujud atau tak glamour. Social media yang glamour waktu tu rasanya cuma friendster,myspace or facepic (what is that?). Adakah kalau dah break up maknanya kena delete dia daripada freindlist kita? Kalau anda delete, maknanya anda LOSER. Apa kata biarkan ex anda berada didalam facebook atau twitter anda. Tunjukkan dalam status yang anda juga mampu bergembira dan berjaya walaupun ex anda tiada kan. Itu dinamakan post break up empowerment. Mesti dia pun terkejut tengok anda masih seperti biasa, boleh post gambar nasi lemak paru, check in kat GSC tengah tengok cerita Great Gatsby ataupun muka itik anda yang paling cantik! Update berkenaan kejayaan anda, tak kisah besar atau kecil. Asalkan ia menunjukkan anda happy. Success is the sweetest revenge. Tetapi anda haruslah tetapkan perasaan supaya jangan nak pi tengok page jadi stalker dia atau cuba chat dengan dia. Perasaan perlulah kental. Jangan nak update status sedih sepanjang masa. Lagi loser dok post atau share lagu atau video kisah sedih. Get a life lah.. your ex is so happy dengan sesiapa and you are in a state or mourning. Buat apa kan.
Perasaan perlu kuat. Jika minda anda kuat, sepatutnya anda boleh keluar daripada perasaan sedih sebab break up dalam waktu seminggu je. Selepas itu keadaan kembali seperti biasa. Jika lama-lama sedih, badan kurus atau gemuk lagi.. macam mana hendak teruskan hidup. Banyak-banyak baca atau dengar kisah motivasi. Mana tau anda lebih berjaya.
Things happened for a reason. Ingat tu…
Last but not least, above all.. the best solution is to talk to the AL-Mighty.