home "CuteLook, "Myself", Men Fashion Chic-o-nomic: Animal in me

Chic-o-nomic: Animal in me

Jika anda semua perasan, Cutecarry memang jenis susah sikit nak pakai pakaian yang ada print, baik batik Malaysia ataupun animal print. Mesti ada yang sama taste dengan CuteCarry kan? Susah kita nak pakai benda yang ada cetakan. Kita boleh digelar sebagai “mono-brigade”. Tetapi baru-baru ini CuteCarry cuba memakai animal print, tetapi sikit je unsur-unsur animal print itu.

Memang CHIC-O-NOMIC. Memandangkan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dan kadar inflasi yang dijangka meningkat, CuteCarry pun berjimatlah. Harga baju itu hanya RM40, (dibeli di Sungai Wang) dan juga sapu tangan yang berharga RM2 (dibeli di Kelantan; shopping complex di sebelah Renaissance Kota Bharu). Sapu tangan “merahnya mak ngah” itu ialah untuk menaikkan warna keseluruhan baju yang nampak sedikit suram. Complete the look with my signature shades and Zara sneakers.

Erm… takde kena mengenai dengan gempa bumi Jepun or inflasi pun, tetapi memang CuteCarry nak berjimat!! Takkan sentiasa nak memanjat Pavilion or KLCC atau order online kat Saks untuk Dolce and Gabbana or Roberto Cavalli

Comments

comments

Leave a Reply