Paul Smith suede moccasin boots

This is so Paul Smith! My first stare to this boots I knew that this is Paul Smith because of the cute coloured stripes!

Trivia:- Pengenalan CuteCarry terhadap jalur-jalur Paul Smith bermula bila seorang kenalan CuteCarry memakai baju putih dengan jaluran yang agak cantik di bahagian dalam tangan baju. Bila ditanya, beliau menyatakan “Ini Paul Smith, tapi Paul Smith beli kat Kelantan; tidak sampai RM50!” Sejak hari itu, bila ternampak sahaja belang-belang seperti itu, CuteCarry sudah dapat mengagak ia adalah daripada Paul Smith!

Now back to Paul Smith Moccasin boots

FYI ia dipanggil Moccasin boots ialah boots yang dibuat daripada kulit-kulit yang lembut atau kulit rusa dan ia adalah salah satu boots yang selalu dipakai terutamanya oleh masyarakat Native Ameriacan.

CuteCarry sebenarnya tidak begitu suka dengan boots yang berwarna seperti ini sebab kadang-kadang ia nampak seperti agak “membosankan”. Ia nampak agak mati di kaki terutamanya jika bentuknya nampak seperti boots ‘penjelajah hutan aka model-model Camel Active”!

Tetapi bila dilihat daripada moccasin boots Paul Smith ia agak ‘lazat’ terutamanya bila bentuknya yang agak unik dan sentuhan siganture Paul Smith.