SELAMAT HARI WILAYAH!
31 January 2020KOLEKSI HANDBAG CHLOE PILIHAN CUTECARRY
5 February 2020Azin : Badrul, kau ni aku tengok tak sesuai lah pakai turtle neck top‘.
Macam tak kena lah!
Badrul : Ehh, yeke tak sesuai. Alaa, aku ingatkan ngam dengan aku.
Aku nak kasi nampak leher ni jinjang sikit. Tapi lain pula jadinyaa’.
“Walaupun uols berleher pendek, masih boleh nampak seperti memiliki leher yang jinjang”.
1. Shirt berleher V
- Bagi kaum lelaki, jika anda memiliki leher yang tidak begitu jinjang, usahlah pakai turtle neck top atau shirt yang berleher bulat. Sebaliknya, pilihlah shirt yang berleher V atau berleher sedikit luas agar dapat menimbulkan ilusi leher yang jinjang.
2. Rantai yang simple
- Kalau tersilap pakai aksesori boleh cacat penampilan uols! Jangan overdressed pakai terlampau banyak aksesori pada leher ye. Nak nampak leher jinjang, dinasihatkan pakai aksesori yang minimal dan simple sahaja. Elak pakai rantai yang tebal sehingga 1-2 inci pada leher.
3. Earring yang panjang
- Siapa cakap wanita berhijab tak boleh pakai earring? Bagi uols yang berhijab atau berturban, masih boleh lagi nak gayakan earring tau’. Tak pelik pun? Nampak lagi stylo kalau kena pada gaya uols! Wajib pilih earring yang panjang untuk mewujudkan ilusi leher yang lebih jinjang.
Sumber : Instagram, Pinterest