Hot momma: Gambar Memey mengandung!
12 October 2012Hari Raya Aidiladha jatuh pada Jumaat 26 Oktober 2012
15 October 2012CuteCarry bersama rakan sejati yang sudah dikenali berpuluh tahun! Yes.. dari kiri; Asyik dan Sherif sejak umur 7 tahun dan Joey sejak umur 3 tahun. Sehingga kini kami masih kawan baik!
Pernah dengar berkawan biar ramai tetapi bercinta biar satu. CuteCarry setuju dengan pandangan tersebut tetapi kalau kawan ramai-ramai sangat tetapi tiada yang berkualiti apa kes kan?
Kawan yang tiada kualiti adalah mereka yang patut kita jauhi. Mereka adalah seperti parasit dan virus yang boleh menggangu kehidupan seharian kita. Lebih tepat lagi,mereka seakan-akan infection yang akan membuatkan kulit kita tidak cantik. So, get rid of them!!!
TETAPI INGAT, JANGAN BERGADUH DENGAN MEREKA, CUMA JAUHKAN DIRI.
Senarai berikut adalah mereka yang patut kita jauhi:-
i. BAD MOOD
Kita semua ada mood atau feeling kita tersendiri. Tetapi pernah tak ada kawan yang gila-gila bad mood dan nmengalahkan orang yang moody tengah period? DIa suka hati sahaja nak bad mood dengan kita walaupun kita memang tiada isu dengan dia. Dia gaduh dengan boyfriend ke, kena marah dengan boss ke itu masalah dia, kenapa nak lepaskan kepada kita. Dia tengah bad mood kita jadi mangsa. Uols rasa ADIL ke tak? Tak adil kan.. oleh itu jauhi golongan ini.
ii. DIA KUTUK ORANG BOLEH,KITA KUTUK DIA TAK BOLEH!
CuteCarry pernah ada kawan jenis macam ini yang mengutuk orang memang tiada belas kasihan, sampai ke liang lahad dia mengutuk orang tetapi bila orang kutuk dia, mengamuk macam garuda ingin menyerang gangga negara!! Ada seorang mamat yang CuteCarry kenal, kalau orang lain salah sikit, dia akan mengutuk habis-habisan tetapi jika kita macam mengutuk dia, bulat-bulat mata dia marah. Konsepnya, kalau anda berani melaser, maknanya ada pun patut menerima laser orang orang juga. Seperti Kak Ogy Ahmad Daud, dia dari dulu kuat melaser kan, tetapi bila dia kena laser dengan Johan Raja Lawak waktu mengacara dulu,dia marah-marah pulak. Terima je lah…
iii. OVER SENSITIVE
Orang macam ni dia fikir dia seperti Chanel Lamb Skin 2.5 bag, beg yang mahal tapi hati-hati bila memakainya,takut tercalar.Tetapi CuteCarry rasa kan, orang jenis macam ni sepatutnya lebih rasional. Kawan yang baik boleh bertolak ansur secara emosi!
iv. KUAT MARAH
CuteCarry pernah ada pengalaman seorang kawan yang CuteCarry berjanji hendak belanja dia makan asam pedas tetapi CuteCarry terlupa hendak membawa wallet.Dia terpaksa mengeluarkan wang didalam ATM. Hendak dijadikan cerita yang ATM jauh dan dia terpaksa membawa kereta menempuh traffic jem. Selepas kejadian tu, dalam perjalanan balik punyalah marah…dalam kereta habis semua orang dimarahnya, daripada orang salah jalan sehinggalah kepada CuteCarry kena tempias sikit-sikit. Walaupun CuteCarry cuba hendak bercakap tetapi dia macam hendak layan tak layan je… Akhirnya CuteCarry pun bayar lah segala bersama dengan duit minyak kereta sekali. Yang pasti dia ambil semua duit tu, masa tu tak marah pula. Lawak pun ada!!!
v. BERKIRA
Mereka akan berkira tambahan bab duit-duit ni. Ini adalah jenis hendak minta menghantar ke airport pun tak mau sebab takut habis duit minyak kereta. CuteCarry pun pernah lah menolong mamat ini memilih pakaian untuk bershopping. Dia ni kononnya nak berubah penampilanlah. So, CuteCarry kata takpelah kita tolong menolong. TIdak payah bayar ( I am an image consultant and I got money from consulting +shopping with my client). Tetapi waktu kira makan roti canai dan teh tarik dia ini jenis tidak reti bahasa, BUKANLAH CuteCarry hendak meminta kebulur makan sangat yang dia belanja tetapi apalah salahnya belanja. TIDAK JUGA. Dia ni memang terkenal dengan sikap kedekutnya, ramai orang mengumpat pasal dia kedekut tetapi CuteCarry malas ambik kisah.. bila dah kena barulah tahu. Memang kedekut betul dia ni. Baju CuteCarry yang dipinjam pun tidak pulangkan. Kedekut sampai tak reti nak pulang baju orang kah? Oppssss…
vi. TING TONG
Ting tong adalah untuk kawan yang kita tidak tahu sebabnya dia marah pada kita. Tragedi berlaku di Pavilion KL.CuteCarry ajak dia shopping..dia bersetuju tetapi waktu tengah pilih baju di Top Shop, CuteCarry pun carilah dia tetapi dushhhhhhh…dia dah ada lepak kat Low Yatt. Tidak tahu apa masalah dia. Lepas tu tiba-tiba unfriend dalam FB! Patutlah ramai orang dah nasihat CuteCarry hati-hati dengan dia, tetapi CuteCarry yang tak mau bersangka buruk ini tetap berkawan dengan dia. Akhirnya terpaksa akur..betullah apa orang lain kata.