Azam dan Kecewa di permulaan 2013

Kita telah melangkah ke minggu ke dua tahun 2013. Memang cepat masa berlalu. Rasanya macam baru beberapa bulan lepas kita berada di awal tahun 2012 dan mungkin tanpa disedari sudah bulan Disember 2013!

Pembuka awal tahun 2013 telah dibuka dengan perkara yang kurang seronok. Sebenarnya sejak daripada pertengahan bulan Disember 2012, CuteCarry telah mendapat sakit gastrik. Tidak tahulah tahap apa gastriknya tetapi selalu sangat CuteCarry loya mengalahkan orang mengandung dan pernah juga beberapa kali termuntah dengan teruk. Good bye to my favourite latte.. sebab bila CuteCarry minum je kopi, terus rasa hendak muntah dan pernah sekali CuteCarry minum white coffee, setengah jam selepas itu terus muntah yang sangat teruk. Good bye Starbucks, good bye nescafe, good bye caffeine. Till we meet again!

Disebabkan perut CuteCarry sentiasa hendak diisi, ini menyebabkan.. (sila pasang lagu sedih…)

MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN BERAT BADAN CUTECARRY BERTAMBAH!!!

Memang sangat menyedihkan tetapi itulah hakikatnya. Sekarang telah naik hampir 3 kilo.Walaupun ramai yang kata ‘ u look okay, this is your ideal weight’, Cutecarry tidak begitu selesa. Jeans ketat, perut rasa macam besar, punggung sedikit besar (yeah.. ada kata seksi tapi ..seksi kah?) paha besar dan paling tidak selesa ialah muka chubby!! (macam mana nak buat muka attitude!)

I can’t afford to gain weight, I am in fashion industry!

Gastrik juga mengganggu kerja Cutecarry, rasa macam tidak selesa. CuteCarry akan menjalani pemeriksaan khas oleh doktor esok,manalah tahu jika penyakit lain, kita kena berjaga-jaga!

Tetapi ada hikmah juga badan naik ni kerana ia adalah alarm call kepada CuteCarry. Bermula awal tahun lepas, CuteCarry telah mula gigih bangun awal bersenam.  Badan memang rasa segar bila bangun dan bersenam awal pagi, tidur lebih lena, otak berfikir dengan cepat kerana sebelum ini cepat hilang tumpuan dan mengantuk dan erm… rasanya macam baju dah longgar sikit!

Things happen for a reason!!!

Peristiwa yang menyedihkan ialah CuteCarry telah gagal didalam satu perkara. Tidak perlulah diterangkan apakah ‘perkara’ tersebut.  Ia adalah satu projek yang mungkin mengubah kehidupan CuteCarry tetapi telah ditolak. CuteCarry telah mengharapkan untuk mendapat kelulusan untuk perkara ini tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi.

CuteCarry memang sedih tetapi hendak sedih setakat mana kan..

Sebenarnya CuteCarry rasa setiap perkara berlaku ada sebabnya. Kegagalan untuk mendapat sesuatu mungkin petanda yang kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik.

Pada hari mendapat berita kegagalan tersebut iaitu 6 Januari 2013 memang CuteCarry  kecewa, macam ada satu tumbukan mengena di muka. Tetapi kesan kekecewaaan tidak sampai setengah jam. CuteCarry terus betulkan kembali pemikiran CuteCarry hanya menggunakan satu magic potion:-

POSITIVE MIND

Kawan-kawan ada bertanya.. “u tak sedih ke? relax je..”

Kesedihan hanya mengambil masa sekitar 20 minit! Takkan lah hendak sedih lama-lama kan, buang masa sahaja. Hendak sedih menangis berduka lara pun siapa hendak tolong kita sebab kita sahaja yang boleh menolong diri sendiri.  Tidak guna hendak menyalahkan sesiapa atau asyik merungut kerana sikap tersebut ialah sikap orang yang berkemungkinan besar menempuh kegagalan.

Jika kita sedih, ia akan membawa kita kembali mengingatkan perkara lama yang kurang elok, kita akan mula marah-marah dan mungkin berdendam dengan orang yang kononnya menyebaban kegagalan kita dan seterusnya menyebabkan sakit hati. Pengakhiran kepada kisah ini ialah perasaaan negatif yang membuak-buak yang hanya akan merosakkan tumpuan dan objektif kita untuk mencapai apakah yang kita ingini.

Sebab itulah CuteCarry elakkan untuk berfikiran negatif. CuteCarry terus rasa lega bila fikirkan apakah yang akan CuteCarry capai, apakah target CuteCarry dan kewangan yang akan diperolehi. Terus tersenyum.

Bermula daripada kekecewaan selama 20 minit tersebut, CuteCarry terus mula bekerja;menghantar sms dan email berkenaan business CuteCarry.  Bekerja seperti biasa cuma energy lebih kuat kerana baru lepas gagal. Rasa sangat bersemangat..

CuteCarry gelak ketawa bersama rakan, call dan bagitahu kepada beberapa rakan yang boleh dipercayai berkenaan kegagalan CuteCarry tetapi disertakan dengan “I am okay!” Seriously walaupun baru bersedih, CuteCarry terus gelak ketawa.

VERY POSITIVE.

Setelah beberapa jam, hasilnya amat menakjubkan iaitu CuteCarry berjaya mendapat beberapa job yang agak lumayan.  Memang tidak disangka-sangka. Syukur alhamdulillah..

CuteCarry rasa sangat lega. Tidak tahu kenapa hati rasa sangat tenang. Tidak pernah rasa setenang ini. Mungkin ini adalah ujian kepada CuteCarry dan rasanya I get through it!

Semua perkara berlaku ada sebabnya. Walaupun gagal mendapat perkara tersebut, tetapi Cutecarry yakin, keuntungan dan kegembiraan akan mengiringi CuteCarry di tahun 2013.

Pelbagai perancangan telah dibuat, contohnya bersama team CuteCarry ni.

CuteCarry adalah Vice President untuk Association of Image Consultants International (AICI) Marketing Malaysia. Pelbagai perkara yang telah dirancang bersama rakan-rakan seperjuangan!

Jika anda ada azam, sentiasa cuba untuk mendapatkan. Kita berhak untuk sedih, berhak untuk sakit hati, berhak untuk rasa tidak berguna, berhak untuk menyalahkan orang lain tetapi jangan lama-lama. Segera tukarkan pemikiran kita kepada yang lebih baik. Jangan lupa untuk tulis apakah azam kita dan jangan bertangguh, segerakan langkah untuk mencapai apa yang diingini.

MAGIC POTION: POSITIVE MIND