Berkorban apa sahaja..drama di Hari Raya Aidiladha 2012

From my kampung, Kuala Kangsar with Love. Kopiah dibeli semasa CuteCarry bercuti di Xian, China, sunglasses Armani Exchange,  butang baju Melayu mutiara daripada Sabah (pinjam kat my childhood BFF, Joey Makeover), baju melayu tempah kat kedai kawan.

Pulang ke kampung semasa musim perayaan adalah satu kemestian kepada CuteCarry. Walau apa jenis musim perayaan sekalipun dan tika itu CuteCarry tiada komitmen yang keterlaluan, mesti hidupkan enjin dan balik kampung di Kuala Kangsar. Walaupun……  (can I scream now?… or just plain mute?) kesesakan lalu lintas yang paling teruk dialami CuteCarry pada tahun ini.

Drama 1

Jika waktu pemanduan biasa daripada KL ke Kuala Kangsar adalah sekitar dua jam sahaja tetapi pada malam aidiladha berganda-ganda masa yang diambil!! Bayangkanlah betapa letihnya CuteCary memandu selama itu tanpa henti. Sehari suntuk pagi dan petang sebelum bertolak, CuteCarry kesana kemari menguruskan pelbagai persiapan dan  juga perbincangan untuk projek minggu hadapan. Makan pun tidak sempat; hanya minum  Starbucks Mocha sans whipped cream saiz venti. Kononnya-kononnya hendak makan di kampung sekitar jam 9.00 malam (sudah terbayang home cooked ) tetapi pada waktu itu CuteCarry masih di sekitar Behrang! Punyalah lapar.  Paling menyedihkan (sambil mengesat air mata tanpa perasaan) kesesakan bukanlah disebabkan oleh kemalangan tetapi hanya kerana faktor jika kereta berhenti ditepi jalan, rakyat Malaysia yang prihatin akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku. Faktor lain ialah mereka yang sangat perasan bawa laju walaupun tidak sampai 60 km/jam tetap berada di lorong paling kanan. Faktor seterusnya ialah terlalu ramai orang hendak balik kampung dan menyebabkan hentian rehat  penuh sehinggakan tidak dibenarkan masuk. Goshhhhh….. I am almost on mute mode. Akhirnya sampai juga di Kuala Kangsar sekitar jam 11.30 malam. CuteCarry memandu tanpa henti hampir 7 jam.

Tumpo yeop!!!!

Drama 2

Drama berlaku ketika CuteCarry hendak mengisi petrol di Shell di lebuhraya. Punyalah ramai manusia ditambah pula dengan hujan, seakan fun fair pula stesen minyak Shell!  Abang yang menjaga kedai tersebut memberi isyarat untuk CuteCarry pergi ke pam seterusnya dengan hanya berkata “pam 18”. CuteCarry pun tanya dimana pam 18 dan jawapannya dengan marah-marah  ialah

“Tak nampak ke, pam 18?” (nada marah menjerit ye..)

Kalau CuteCarry tahu tidak perlulah tanya kan.

Wait.. are you trying to get tough with me, Im having my bad day too lah bro..

Relax CuteCarry..tidak perlu marah-marah.

Jawapan CuteCarry dengan suara tegas  tetapi kurang elemen marah (pitch tak lari okay..) ialah:-

“Tak nampak, tak nampak”

Muka tegas dengan oversized sunglasses Gucci tetap digayakan walaupun jam menunjukkan jam 8.00 malam dan hujan lebat; elemen ketegasan konsepnya!

Ya.. CuteCarry ulang kata tu dua kali.

Terus terdiam abang tu, berubah muka dia. Mungkin dia ingat CuteCarry tidak akan membalas balik kut. Mungkinkah dia sudah marah-marah dengan beberapa orang yang datang? kesian orang-orang yang kena tengking dengan dia,sudahlah terpaksa menempuh kesesakan lalulintas lepas tu kena marah lagi.

Bro..tak perlu lah hendak marah-marah. Kalau benci dengan kerja  petrol attendant, apa kata berhenti dan cuba bidang lain pula. Cuba jadi CEO syarikat ke, Menteri ke,  Assistant kepada Sultan Brunei ke…… Lawyer, Majistrate, Doctor (terus tone filem Ibu Mertuaku)   atau perunding imej macam CuteCarry! Relax la bro, tidak perlu marah-marah…..

Kepada mereka yang suka marah-marah ketika berdepan dengan pelanggan, tidak kiralah samada bekerja sebagai pelayan, petugas hotel, pengurus restoran atau apa pun pekerjaan anda, ingatlah…. SEDAR DIRI. Anda dibayar untuk bekerja bukan untuk marah-marah customer. Wake up please!!! Kalau tidak suka,sila tukar kerja. Tidak perlulah hendak bangga marah-marah pelanggan… lagi orang mengutuk dan meluat lagi adalah!

Drama 3

Dari kiri, Jutawan Muda, Mahadi, Muaz MuzikFm dan bukan jutawan, hanya berangan jutawan,CuteCarry.

Kesalahan TV yang teruk..muka nampak teruk!

Ehhh… drama episod 3 ni  hanyalah untuk memberitahu yang CuteCarry sebagai tetamu didalam rancangan Generasi Y. Wearing Wanpa and vintaga leapord print jacket!

Akhirnya pada hari ini CuteCarry sampai juga ke KL. Demi untuk mengelakkan drama berjam-jam traffic jem, CuteCarry bertolak pukul 8 pagi daripada Kuala Kangsar dan sampai di Kl sekitar jam 10.15. Syukur alhamdulillah…

CuteCarry perlu bersiap untuk ke Sandakan pada esok hari, kena conduct class untuk imej dan protokol.

CuteCarry bukan sahaja memberi khidmat perkhidmatan perundingan imej kepada individu, korporat dan kerajaan sahaja tetapi latihan berkenaan dengan imej, protokol,komunikasi, pengurusan majlis, penulisan ucapan, Pengurusan 5s dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry, boleh telefon 019 3290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini.