Hari Raya hari bosan?

Hari raya Aidilfitri sedang berlangsung dengan meriah…ataupun mungkin kenyataan tersebut tidak terlalu tepat untuk golongan yang hebat update twitter atau facebook dengan status “boringnya raya”, “raya tidak ke mana” ataupun yang paling teruk sekali Cutecarry terbaca status FB ialah “Raya sucks”.

Hairan juga kenapa perayaan meriah tiba-tiba menjadi satu bebanan yang membosankan. CuteCarry pun tidak faham konsep bangun pagi raya  pakai baju cantik-cantik menempah ratusan ribuan RM tapi akhirnya duduk mengadap TV.  Baik pakai baju tidur je dik..

Friends are forever. Setiap tahun kami tidak pernah lupa melawat Muzaffar (on the wheel chair) From left.CuteCarry (wearing Bon Zainal warisan baju Melayu, sampin Noor Arfa songket and Giorgio Armani shades) Sheriff (air steward Malaysia Airlines and pemilik butik SheNadz Dewangga di Plaza Alam Sentral) yang dua orang budak comel tu ialah anak si Sheriff. Jamal (marketing di KL),Joey (make up artist, yang selalu ikut CuteCarry bagi talk tu). Muzaffar telah menghidap penyakit kanser tulang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Walaupun begitu, dia masih bekerja seperti biasa dan tidak mengharapkan belas ehsan orang lain. I’m proud of you Muzaffar!!!

Semasa CuteCarry kecil-kecil muda remaja dahulu raya memang excited. Bermula daripada pagi sampaikan petang berhari raya, kadang-kadang sampai kena marah sebab tidak balik rumah. (muka waktu tu hitam legam terbakar, zaman kecil-kecil dulu tak pernah dengar sun protection segala!) Kenangan  lepas raya ada kalanya demam sebab berjemur panas atau berhujan disebabkan raya. Pergi beraya samada naik basikal atau jalan kaki. Naik motor takde lesen siap kena marah. Selepas habis raya pakai mengira duit raya. Pada waktu tu kalau  pi beraya dapat ringgit-ringgit orang tu memang kayalah. Memang menjadi pilihan. Zaman tu juga rasanya konsep rumah terbuka ada orang buat tetapi jarang-jarang sangat sebab konsep raya ialah kalau hendak berhari raya datang je, rumah sentiasa terbuka.

Tetapi budak-budak sekarang nak ajak beraya pun susah. CuteCarry siap paksa lagi adik bongsu dan sepupu-sepupu CuteCarry ikut berhari raya supaya mereka mengenali saudara mara atau kenalan. Hairan sungguh sebab susah sangat nak berkunjung.Bukan buat apa pun cuma datang berkunjung, makan-makan dan lepas tu balik.  Kenapa budak-budak sekarang berperangai macam tu.

CuteCarry pun tidak lah hairan sangat sebab orang dewasa pun asyik update status facebook dengan mesej-mesej betapa bosannya hari raya.  Sepatutnya orang dewasa menunjukkan teladan yang bagus. Jika zaman ini orang sudah tidak berhari raya bayangkan tempoh 10 tahun daripada sekarang,..can you imagine? Raya duduk rumah kah..

Hari Raya adalah hari untuk kita kunjung mengunjung dan berjumpa dengan saudara mara atau kenalan yang mungkin bertahun tidak berjumpa. Jika hari raya hanya hari bosan maknanya kita tidak menghayati semangat hari raya.  Semasa hari raya juga lah kita boleh bertanya khabar dan mungkin meluaskan contact kita. Mana tahu kita susah-susah satu hari nanti ada la juga orang tolong.

Kita yang buat hari raya tu bosan atau tidak. Jika bosan, pi la beraya. Apa susah sangat.Jika segan, ajak lah sapa-sapa pi beraya.  Yang duduk rumah tengok Zizan dalam TV tu kenapa? Bila-bila masa boleh tengok kan (btw..raya ni banyak cerita Zizan kan,popular betul dia)

Pada raya tahun ini juga CuteCarry mula berhari raya seawal sejurus selepas selesai orang sembahyang raya. Ke rumah kawan CuteCarry yang mungkin hanya sekali je berjumpa setiap tahun. Kerjaya CuteCarry memang sibuk, walaupun kadang-kadang balik kampung tetapi tidak sempat hendak berjumpa. Selepas tu marathon berhari raya pada hari pertama. Tidak salah sekitar 8 buah rumah sempat berkunjung pada hari raya pertama. Bersambung pula esok, start jam kul 10.00 pagi raya lagi sempat juga beberapa buah rumah. Seronoknya mereka menerima kedatangan CuteCarry dan rakan-rakan untuk hari raya.

Remember.. .even with a bit of happiness you give, the happiness will come back to you.

Tetamu open house CuteCarry (Im wearing KN Key Ng print shirt with Dockers Alpha Khakis collection), kawan CuteCarry pasangan suami isteri yang baru balik daripada Pittsburgh, Pennsylvania,US. CuteCarry panggil pasangan  Lempor-Pittsburgh-Ipoh sebab Roza tu orang Ipoh manakala suaminya Rasman ialah orang Lempor, tempat di Kuala Kangsar.

Pada hari raya kedua ada buat rumah terbuka di kampung. Macam-macam juadah  daripada nasi impit, nasi dagang dan semestinya paling tidak boleh lari kalau beraya rumah orang Kuala Kangsar (orang kuale) ialah laksa kuale! Sibuk saudara mara membuat persiapan tetapi seperti biasa CuteCarry bukanlah jenis yang menolong buat kerja-kerja masak memasak ini. Itulah kelemahan CuteCarry, memang tidak akan menolong dan saudara-mara pun tak mengharapkan pertolongan CuteCarry , memang diaorang tahu pun perangai CuteCarry kan, tetapi if in term of monetary and such, yes,insyallah you can count on me; so fair and lovely la kan.(rosak kuku I tau… opppsss)

CuteCarry juga telah berjumpa dengan rakan-rakan lama <skandal pun ada..ehh..tiba-tiba  kan>. Macam-macam bentuk ada,ya ampun, ada yang CuteCarry tidak kenal pun..sebab makin membesar seperti dipam-pam. Ramai juga yang berjaya,kereta besar-besar , business juta-juta, ada yang beranak pinak segala.

Raya ketiga pun sebelum balik KL sempat beraya lagi.. kali ini di rumah Dila,kawan sekampung dulu. Walaupun dia kerja Shah Alam sekarang jumpa pun setahun sekali je,itupun kat kampung.Yes..I am wearing KN by Key Ng shirt, warna lain,print sama design lain sikit.

Hari raya ini juga CuteCarry mengambil kesempatan untuk meluaskan contact CuteCarry disamping mempromosikan business. Banyaklah juga kad yang melayang kesana-kesini. Kalau melawat rumah orang waktu tu ada orang lain melawat, jangan la kekwat diam-diam,ringan-ringan mulut dan lepas tu teruslah menghulurkan business card!

Btw..sapa nak mendapatkan khidmat training CuteCarry untuk kerajaan, swasta atau individu sila click sini ye. Call me. (tetap nak promosi nih)

Oklah..cukuplah meroyan di Hari Raya. Masih tidak lambat untuk anda berhari raya. Jadikan hari yang mulia ini penuh dengan keseronokan bukan meroyan tidak tentu hala tentang keboringan raya.

U can make it happen!

CuteCarry happy sesangat pada hari raya ini, samalah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Btw..child of the 90’s or 80’s ingat tak bekas kuih ni? Waktu tu dalam ni letak semprit, biskut mazola sehinggalah kepada ada yang letak lemang atau rendang. Memori betui…