Video Shila Amzah menangis bengkak mata minta maaf dan Ombak Rindu..
8 February 2013Al Fatihah untuk seorang sahabat
13 February 2013
Ohhh… kenyangnya. CuteCarry baru lepas makan juadah Gong Xi Fa Cai. So, di hari raya cina ni (tu dia ayat…hari raya cina konsepnya!) mari kita bercakap tentang lagenda cina.
Jika anda pernah menonton filem-filem hantu cina pada suatu ketika dahulu, mesti ada yang merasa seram dan mungkin ada yang merasa agak kelakar. CuteCarry ada rasa kedua-duanya iaitu seram, takut dan geli (sebab darah memancut segala!) ketika menonton cerita hantu cina yang sangat ganas dan kuat membunuh orang dan juga kelakar sampai tak ingat dunia jika hantu cina itu memang hantu komedi. Tetapi sekarang amat jarang melihat filem hantu cina yang melompat. Tetapi kenapakah mereka melompat?
Banyak pendapat tetapi ialah hantu cina melompat disebabkan oleh pada zaman Dinasti Qing, kaki mayat adalah diikat dan untuk berjalan mereka terpaksa melompat. Takut kan jika ketika kita berjalan-jalan hantu melompat-lompat. Kalau dalam lagenda Melayu yang melompat pucong sebab kaki pun diikat, so kalau dalam cina logiklah dia melompat!
Persoalan hantu cina melompat ini diperkukuhkan ketika CuteCarry melancong ke negara China. CuteCarry amat obses dengan senibina dan keadaan persekitaran di sekitara Forbidden City, Beijing. Antara yang menarik perhatian ialah kenapa ada seperti binaan yang tinggi setiap kali hendak memasuki bilik atau ruang-ruang didalam istana.
Menurut penerangan pemandu pelancong, ia dibina sedemikian kerana hantu dalam budaya cina akan melompat, dan jika ada binaan yang agak tinggi seperti itu, hantu tidak akan dapat memasuki rumah kerana tidak mampu untuk melompat.( ERm… kalau hantu tu bekas atlit lompat tinggi how huh? erk….) Tetapi ada lagenda menarik mengenai misteri di Forbidden City iaitu ada orang pernah melihat perempuan memakai pakaian tradisi cina zaman dulu-dulu berjalan-jalan di perkarangan kota tersebut sambil membawa pelita tanglung. Tetapi bila dilihat wanita tersebut terawang-awang tanpa ada kaki. So, maknanya kalau hendak masuk rumah lagi senang lah!
Jaket kuning itu ialah hantu diimport daripada Malaysia tetapi di Beijing. CuteCarry in jacket, shirt and jeans from bazar mur-mur (murah) Beijing. Shades Armani Exchange.Shoes: Top Man
Lagi gambar hantu import malu-malu di atas jambatan.
Kita lupakan Beijing dan hantu-hantunya dan mari kita celebrate Tahun Baru Cina di Malaysia. CuteCarry telah dijemput untuk makan besar bersama keluarga kawan CuteCarry (sorry, maklumat dan gambar tidak akan disiarkan kerana ia adalah privacy oppsss…) tetapi CuteCarry tunjukkan gambar tarian naga ketika CuteCarry ke persembahan di malam tahun baru cina di Putrajaya. CuteCarry telah dijemput oleh Presiden Putrajaya untuk hadir pada malam tersebut. Tq Tan Sri. Pada malam itu juga ada persembahan akrobatik khas daripada China.
CuteCarry ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Selamat menyambut tahun ular. Semoga kekal kaya. Doakan CuteCarry cepat kaya ye!!!