Wanita bergaduh dalam facebook kerana kutuk pakaian!

CuteCarry terbaca didalam berita online berkenaan dengan dua wanita yang bergaduh selepas kutuk mengutuk didalam facebook.  Selepas puas berperang didalam facebook, mereka bersetuju untuk berjumpa di satu tempat dan zassss… CATFIGHT!! Tetapi  bukan setakat bergaduh sesama sendiri sahaja , sesi ini melibatkan suami, teman lelaki dan kawan mereka sekali. Ini bukan sahaja catfight tetapi termasuk zoo fight! Menarik lagi antara isi kutukan ialah berkenaan dengan fizikal dan baju!

Kedua-dua pihak membuat laporan polis!

Bergaduh kerana baju? Berbaloikah bergaduh sehingga membuat laporan polis dan yang paling tidak  boleh diterima ialah melibatkan orang lain. Kutuk mengutuk kerana baju. Adakah mereka fashion police? Dibayarkah untuk mengutuk? Adakah mereka berangan hendak menjadi Joan Rivers?

CuteCarry bersama Richie Rachman menjadi fashion police untuk HipTv. CuteCarry DIBAYAR untuk komen baju orang lain! Walaupun dibayar, adab komen tetap dijaga.

Nasihat CuteCarry hati-hatilah bila hendak membuat komen didalam facebook. Sangat tidak berbaloi bergaduh dengan kawan-kawan atau saudara mara kerana facebook.

Ini bukanlah kali pertama kita mendapat tahu kes bergaduh kerana facebook. Mungkin anda pernah mengalaminya?

CuteCarry pun pernah mengalaminya. Cara mengatasinya ialah jika status tersebut hendak mengutuk kita,cuba diamkan kerana manusia jenis seperti ini memang jenis tidak akan puas hati!

That’s it. Lite-lite!