“Tidak kira di mana atau bagaimana mereka bekerja, penting untuk diingat bahawa pekerja juga memiliki emosi yang perlu diakui, dihormati, dan diberi perhatian.”
Hari Buruh adalah satu hari yang memperingati perjuangan pekerja dalam mencapai hak-hak mereka, serta memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial sebuah negara. Dalam setiap perusahaan, pemimpin, majikan atau ketua memegang peranan penting dalam memastikan kebajikan pekerja terpelihara dan keberkatan dalam bekerja dijaga.Selain menjaga aspek kebajikan, majikan juga bertanggungjawab untuk mencipta suasana kerja yang membolehkan keberkatan dalam bekerja. Keberkatan dalam bekerja membawa maksud setiap pekerja merasakan kepuasan dan kebahagiaan dalam menjalankan tugas masing-masing. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada produktiviti pekerja, tetapi juga keseluruhan kecekapan organisasi.Di samping itu, ketua juga perlu memahami bahawa kejayaan organisasi atau syarikat mereka bergantung kepada sumbangan pekerja. Oleh itu, mereka perlu menghargai peranan pekerja sebagai aset terpenting dan memberi pengiktirafan yang sewajarnya. Sebagai majikan, tugas utama ialah memastikan semua pekerja dihormati, dilindungi, dan diberi peluang untuk berkembang serta berjanji untuk mengambil tindakan, mematuhi dasar-dasar yang memperjuangkan keadilan, kesetaraan, dan kepelbagaian.Justeru, sesuatu organisasi perlu sentiasa bercita-cita untuk mencipta persekitaran kerja yang selamat, sihat dan menyokong keperluan individu sementelah keberkatan dan kesejahteraan pekerja bakal memberi manfaat kepada semua pihak. Dengan demikian, hubungan antara pekerja dan majikan akan lebih harmoni dan berkekalan, mencorakkan sebuah organisasi yang berjaya dan mampan. Kami di CuteCarry Sdn Bhd ada menyediakan pelbagai program latihan, seminar dan kursus berkaitan PEMBANGUNAN DIRI, PENGURUSAN ORGANISASI serta banyak lagi yang akan dikendalikan oleh pelatih/trainer kami yang berkaliber dan pakar dalam pelbagai bidang.