Tips temuduga dan alam pekerjaan untuk Kolej Profesional MARA (KPM), Ayer Molek
12 Februari 2014Tahun ke Empat bersama International Medical University (IMU)!
13 Februari 2014Bau badan adalah punca kepada jatuhnya imej seseorang. Muka cute, handsome and badan macho tetapi bau badan.. erkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!
Salah satu punca badan ialah bau ketiak dan penyelesaiannya ialah deodorant. Tetapi kadang-kadang jika kita memakai deodorant dan baju putih, ternampak kesan kuning pada bahagian ketiak. Alamakkkkk…habis style!!!
CuteCarry telah dijemput untuk menghadiri party NIVEA (tunggu ye ..banyak surprise kat sana!) tetapi apa kata kita baca berkenaan NIVEA.
Party Nivea ini akan diadakan di Jaya 33 jam 3.00 petang dan paling best ialah ada Nivea X Zalora exclusive Black & White Collection. There will be a preview of this collection at the event. Yeayyyyyy…tunggu ye.
Jom jumpa CuteCarry di Jaya 33!!
Hitam Kekal Hitam, Putih Kekal Putih Untuk Tempoh Lebih Lama – Keyakinan tanpa merisaukan warna baju.Mengurangkan peluh dan bau badan sepanjang hari.
Inilah deodoran pertama dengan perlindungan antipeluh selama 48 jam yang tidak meninggalkan kesan putih pada fabrik gelap dan juga mengurangkan kesan kuning pada pakaian berwarna cerah
NIVEA tidak memikirkan hitam dan putih. kehidupan ini adalah berwarna-warni dan penuh dengan kemungkinan. Walau bagaimanapun, sejak 7 tahun yang lalu, para saintis di Beiersedorf ternyata telah memikirkan warna hitam dan putih. Mereka telah mencipta deodoran generasi baharu yang tidak meninggalkan kesan putih pada fabrik berwarna gelap dan juga mengurangkan kesan kuning pada tekstil berwarna cerah. NIVEA Deodorant Invisible for Black & White memberi perlindungan yang mencegah kesan pada pakaian, di samping seperkara yang lebih menyerlah iaitu perlindungan tanpa henti selama 48 jam yang boleh dipercayai untuk mengelakkan bau badan dan perspirasi di bahagian bawah lengan. Inilah satu penemuan yang menakjubkan! Ia jelas merupakan satu penyelesaian yang dinanti-nantikan selama ini untuk masalah yang biasa dialami oleh semua orang.
Baju dan kemeja-T hitam kekal berwarna hitam dan yang putih kekal berwarna putih. Anda mungkin menganggap bahawa ini adalah sesuatu yang biasa, tetapi sebenarnya tidak. Berjuta-juta orang pelanggan telah mendapati bahawa perlindungan deodoran yang efektif juga ada keburukannya. “Kami tidak menyangka bahawa begitu ramai orang di seluruh dunia yang memikirkan tentang masalah kesan deodoran,” kata Dr. Stefan Biel daripada pasukan Penyelidikan & Pembangunan Beiersdorf, yang telah memperoleh banyak maklumat mengenai keperluan dan pilihan utama pengguna deodoran menerusi kajian dalam taliannya. “Terdapat forum-forum Internet di mana ramai orang benar-benar bimbang tentang masalah yang degil ini dan ingin tahu tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk mengatasinya.” Tidak hairanlah kerana warna hitam & putih sedang hangat dalam fesyen masa kini – dan kedua-dua warna ini mempunyai kemungkinan yang lebih cenderung untuk menunjukkan kesan deodoran…
Deodoran menyebabkan dua jenis kesan pada pakaian. Mengapa kesan putih muncul serta-merta pada tekstil gelap selepas deodoran digunakan, adalah mudah diterangkan. “Ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh sisa-sisa garam antipeluh yang digunakan dalam deodoran. Ini mungkin boleh menyebabkan kerunsingan buat sementara waktu, walaupun ia boleh dibasuh dan tidak terlalu sukar untuk hilang,” sambung Dr. Biel lagi. NIVEA telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan bantuan satu teknologi istimewa pada tahun 2005. Garam aluminium (dalam formula) dilarutkan dalam satu emulsi akueus dan disalut dengan minyak yang bertindak seperti kamoflaj, membuatkan garam tersebut tidak boleh dilihat.
Punca jenis kesan kedua – kesan kekuning-kuningan pada bahagian bawah lengan pada fabrik cerah – mengambil banyak masa serta tenaga para penyelidik NIVEA dan kini sudah ada penyelesaiannya. “Kesan-kesan deodoran tersebut mengambil masa untuk muncul – bukan serta-merta selepas deodoran digunakan tetapi selalunya selepas beberapa kali pakaian tersebut dicuci,” kata Dr. Biel. “Kesan-kesan itu tidak boleh dicuci dengan detergen pencuci baju lagi dan lama-kelamaan menjadi lebih jelas bila fiber (tekstil) menjadi semakin keras. Ini membuatkan pakaian tersebut tidak boleh dipakai lagi.” Pemaju produk NIVEA berganding bahu dengan pakar-pakar tekstil di Institut Hohenstein untuk mengenal pasti punca masalah ini. “Kesan-kesan degil ini terbentuk sedikit demi sedikit di dalam mesin basuh. Bahan-bahan aktif antipeluh dan sebum & peluh yang diserap ke dalam tekstil bertindak balas dengan air serta detergen terutamanya bila dicuci pada suhu yang rendah. Tindak balas secara kimia ini membentuk kesan-kesan berwarna kuning yang terperangkap dalam fiber tersebut. Dengan setiap pencucian, fabrik tersebut menjadi semakin kuning dan keras.”
“Setelah kami memahami puncanya, kami tahu apa yang patut dilakukan,” kata Dr. Biel, yang menerangkan langkah seterusnya, dalam perkembangan daripada idea hingga ke produk: “Kami perlu mencari bahan-bahan yang akan membentuk sejenis perlindungan pada sekitar fiber tekstil sebelum bahan-bahan kesan bersentuhan dan menyerap ke dalamnya.”
Hasil daripada penyelidikan yang berjaya ini, tercipta satu teknologi perlindungan tekstil, satu inovasi yang menakjubkan dan boleh didapati dalam NIVEA Deodorant Invisible for Black & White. “Dengan teknologi baharu ini, bahan-bahan yang menyebabkan kesan pada pakaian tidak boleh melekat secara efektif pada fiber-fiber tersebut. Oleh itu, ia menjadi lebih mudah untuk dihilangkan dalam mesin basuh.” Keberkesanan teknologi ini telah dibuktikan melalui kajian-kajian yang terperinci bagi penggunaan produk ke atas baju berwarna putih yang telah dilaksanakan oleh Institut Hohenstein. Kajian tersebut telah membuktikan bahawa NIVEA Deodorant Invisible for Black & White boleh mengurangkan kesan-kesan kuning dengan ketara. Kajian lanjut pula menunjukkan bahawa produk ini juga melindungi pakaian berwarna hitam daripada kesan-kesan berwarna putih. Oleh itu, keberkesanannya terhadap kesan putih dan kuning telah disahkan oleh Institute Tekstil Antarabangsa Hohenstein: Hitam kekal hitam. Putih kekal putih untuk tempoh lebih lama.
Konsep deodoran yang baharu lagi eksklusif ini menggabungkan penjagaan NIVEA yang lembut dengan perlindungan deodoran antipeluh 48 jam dan satu haruman yang menyenangkan. Semua deodoran kami adalah bebas daripada alkohol dan pewarna. Keserasian dengan kulit juga telah disahkan secara dermatologi.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White – memastikan hitam kekal hitam dan putih kekal putih untuk tempoh lebih lama, agar pakaian kegemaran anda sentiasa kelihatan hebat. Hasilnya, anda dapat menikmati detik-detik yang penuh warna-warni dengan perlindungan yang boleh dipercayai. Kini ia boleh didapati di pasaran seluruh negara.
Barisan deodoran NIVEA untuk lelaki.
NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER Spray 150ml
NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER Roll-on 50ml
Barisan deodoran NIVEA untuk wanita.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Spray 150ml
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Roll-on 50ml