Penderma misteri sumbang perabot satu rumah lengkap untuk Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa

Hari Sabtu yang paling membahagiakan CuteCarry. Sesuatu yang terbaik berlaku apabila seorang hamba Allah mendermakan seluruh perabotnya dan kelengkapan rumahnya pada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

CuteCarry telah dilantik oleh satu kumpulan iaitu Orange X untuk menjadi jurucakap untuk program kebajikan atau CSR  (Corporate Service Responsibilities). Hebahan mengenai program ini telah dibuat melalui facebook dan entry sebelum ini.

Penderma ini tidak mahu dikenali dan hanya CuteCarry seorang sahaja tahu siapakah beliau. Inilah dikatakan derma secara ikhlas, tanpa ada sebarang publisiti. Cukuplah Cutecarry katakan bahawa beliau ialah salah seorang pembaca dan follower CuteCarry.com!

CuteCarry minta anda semua doakan supaya penderma misteri ini dimurahkan rezeki, hidup lebih baik dan business dia bertambah maju!

Tanpa seperti biasa, Cutecarry tetap nak pose dengan anak-anak yatim dan pengendali rumah tersebut dengan perabot-perabot di belakang!

Strike a pose dengan prop adalah perabot di belakang.

Banyak yang didermakan oleh penderma misteri ni dan semua adalah perabot BAHARU dan masih tidak digunakan. Katil, lukisan, langsir. almari sehinggalah kepada sofa. Penderma ini ingin menjual rumahnya kemudian beliau pun mengambil keputusan untuk menderma perabotnya. Moga murah rezeki beliau.

CuteCarry hanya perlu sediakan lori. No, no and no, not what you think… bukan CuteCarry yang gigih jadi pemandu lori tetapi hanya book lori sahaja dengan pekerja-pekerja untuk angkat barang di apartment penderma misteri ini. Oh..haruslah sekali dengan orang angkat barang kan sebab takkanlah Cutecarry hendak angkat perabot-perabot;  rosak kuku I nanti, baru buat manicure (tetap nak keluarkan statement berangan, camna tu?…)

CuteCarry pun agak terharu tengok reaksi sesetengah penghuni rumah ini yang agak gembira menerima perabot-perabot yang baru ini.  Terpancar wajah kegembiraan dan  mereka appreciate walaupun mungkin untuk sesetengah kanak-kanak ia adalah barangan perabot biasa tetapi mereka tidak mempunyai kemewahan seperti kanak-kanak lain.

Jika berminat untuk menderma, boleh email pada cutecarry@yahoo.com atau boleh like my fanpage and PM atau call 0193290397.

Remember, what you give you get back!!