SELAMAT HARI WILAYAH!

Tanggal 1 Feb adalah Hari Wilayah Persekutuan yang merupakan hari cuti umum bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bagaimana datangnya Hari Wilayah Persekutuan ni?

Ianya bermula apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor telah mengeluarkan Kuala Lumpur (yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian daripada Selangor) bagi mendapat pentadbiran secara langsung dan sekaligus menjadi ibu negara Malaysia.

Hari Wilayah mula disambut setelah Kuala Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974 oleh Tun Abdul Razak.

Oleh itu, Kuala Lumpur, Pebadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya terletak di bawah kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL.

1. Kuala Lumpur.

Kuala lumpur menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi malah menjadi salah satu destinasi percutian yang amat popular dikalangan warga asing.

Dataran Merdeka tempat dimana Bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957
Cantiknya pemandangan KLCC pada waktu malam
Boyband dari Korea Selatan iaitu Nct Dream juga tidak melepaskan peluang bergambar di Menara KLCC.

2. Putrajaya

  • Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu Negara pentadbiran Malaysia.
  • Sebuah tempat yang terpencil dikenali dengan nama Prang Besar, melonjak membangun dengan nama Putrajaya melalui 12 Oktober 1994.
  • Laluan pejalan kaki dan penunggang basikal disediakan untuk kemudahan pengguna.
  • Menjadikan ia salah satu Bandar mesra penunggang basikal. Kalau anda minat berbasikal boleh ke Putrajaya.
Pemandangan jambatan Putrajaya pada waktu malam sungguh menarik hati.

3. Labuan

Diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai pada tahun 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Ia terletak di sekitar 10km dari Pantai Sabah
  • Merupakan Wilayah Persekutuan kedua yang diiktirah di Malaysia.
  • Menjadi destinasi perlancongan yang terkenal di sebabkan mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai.
  • Sesiapa yang gemar membeli-belah, boleh datang ke Labuan kerana ia terkenal dengan tempat barangan bebas cukai.
  • Labuan juga dikenali sebagai Pusat Kewangan Persisiran Antarabangsa dan Pusat Industri Minyak dan Gas.
Musium Marin Labuan