CuteCarry shooting bersama dengan Schwarzkopf
15 August 2010Madonna’s Birthday gift from boyfriend Jesus Luz
18 August 2010CuteCarry memang amat mengangumi pereka terkenal, Tom Ford. Beliau adalah bekas pengarah kreatif Gucci dan insan yang bertanggungjawab menaikkan nama Gucci setelah jatuh . Kalau tak kerana dia, tidak lah Gucci masih bertahan sehingga sekarang.
Setelah Tom Ford menerajui Gucci, jualan Gucci meningkat sehingga 90%!! Oh.. I still remember the white dress that elevated Gucci sales.
Aura Tom Ford memang sukar ditandingi. Semasa di Hartamas, CuteCarry ternampak seorang memakai shades yang sangat sangat menarik. Seperti biasa, sebagai seorang yang memang suka bertanya/penyibuk CuteCarry terus seraya bertanya kepada empunya diri yang CuteCarry belum kenali, “nice shades, where you bought it?” Nama tidak kenal lagi tetapi terus tanya pasal sunglasses kan!!!
Kay Lee Chang (lepas tu baru tanya nama) memakai Tom Ford. Memang la sangat-sangat-sangat wahhhh… rasa nak minta cuba shades ni tapi CuteCarry kena jaga adab tatasusila bagai ye.
Nak tengok Tom Ford lagi? sila click…
Ini adalah sunglasses Tom Ford. Ia amat senang dikenali. Cuba teka sebab apa kita boleh tahu ia adalah daripada Tom Ford?
Cuba tengok lagi sekali kalau anda tidak perasan persamaan yang CuteCarry maksudkan?
Jawapannya ialah SEBAB IA ADA T . Perasan tak huruf T panjang disebalah kanan dan kiri?
CuteCarry memang tidak berapa berkenan dengan LOGO BESAR BAGAK di cermin mata sebab kalau salah cara pemakaian kita, ia akan nampak macam dibeli di pasar malam.
Ok.. ada faham?