Al-Fatihah atas pemergian Allahyarham Datuk Hj Nassier Wahab, penyanyi lagu ‘Memori Cinta Luka’ telah menghembuskan nafas terakhir pada awal 12.45 pagi tadi di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya, Petaling. Nassier berusia 57 tahun, telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri akibat kanser gusi yang dihidapinya 5 tahun lalu.
Nassier meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan yang berusia 22 tahun. Tahun 1986, filem lakonannya ‘Si Jantung Hati’ dan antara lagu popularnya yang bermain di corong radio ialah, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Luka.
Seperti yang semua tahu, Nassier seorang artis senior yang berpersonaliti baik, berkulit bersih dan sentiasa tampil kemas. Malah
, beliau juga dihormati dan dikenali dengan imej bersih dan bebas gossip dalam industri hiburan.Pencapaian yang membanggakan pada tahun 2017, beliau telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk yang diberi oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.