• Konsep kecemerlangan berorganisasi bukanlah merupakan satu konsep yang statik. Konsep ini sebenarnya melibatkan peningkatan berterusan setiap warga dalam organisasi dan penghayatan konsep pembelajaran sepanjang hayat secara lebih berkesan.
  • Setiap organisasi serta individu pendukung organisasi akan tercabar oleh perubahan dan perkembangan persekitaran yang semakin pelbagai dan semakin tidak menentu.
  • Para pendukung organisasi harus bertingkah laku secara lebih berkesan dalam bentuk yang saling berkait dan saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. Hanya organisasi yang menghayati kecekapan dan kemahiran yang diperlukan ini sahaja akan berupaya untuk menikmati kesejahteraan bersama secara berterusan.

Konsep berorganisasi secara lebih dinamik ini perlu dihayati oleh semua individu untuk mengangkat kecemerlangan individu dan kecemerlangan organisasi ke tahap yang lebih tinggi; tahap GEMILANG dan tahap TERBILANG.

Program High Impact Team ini berupaya menjadikan pendukung organisasi untuk cemerlang beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang keperluan peningkatan diri dan organisasi secara berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keperluan untuk berperanan secara lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara saling melengkapi
  • Meningkatkan penghayatan terhadap tujuh faktor kritikal yang diperlukan untuk cekal mendukung kecemerlangan berorganisasi
  • Meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk menjanakan perkembangan organisasi secara lebih berkesan
  • Meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk bekerjasama secara lebih berkesan di dalam satu pasukan

KONSEP PROGRAM

Umpama intan, HIT (High Impact Team) adalah sebuah pasukan yang mapan menguruskan tekanan persekitaran dan melonjakkan kualiti diri dan kecemerlangan berpasukan pada kemuncak yang tertinggi

Umpama intan, HIT (High Impact Team) adalah pasukan yang ampuh menguruskan perubahan dan peningkatan tekanan persekitaran dan tekanan dalaman yang memberi kesan hebat kepada pasukan dan persekitaran

Justeru itu, melalui program HIT (High Impact Team) ini peserta akan meneroka, menghayati dan menikmati pengalaman pembelajaran yang akan melonjakkan kecemerlangan peribadi dan kecemerlangan berpasukan.

PENDEKATAN PROGRAM
HIT (High Impact Team ) diimplementasi berteraskan kepada adunan dinamik refleksi aktif dengan tindakan reflektif.

Metodologi yang diaplikasi akan berfokus kepada keseimbangan aspek teori dan praktikal serta keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas berlandaskan kepada tujuh faktor kritikal yang telah dikenal pasti.

PENGISIAN PROGRAM

  • Peranan & tanggungjawab terhadap organisasi
  • Kesetiaan kepada organisasi & negara
  • Ciri-ciri staf bermotivasi & kepentingannya dalam perkhidmatan
  • Keutuhan & keunggulan peribadi ke arah budaya kerja cemerlang
  • Etika kerja dalam perkhidmatan
  • Semangat kerja berpasukan

KERANGKA MODUL

Modul 1 ( Kompas ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan wawasan diri yang merupakan nilai asas yang ampuh menjanakan perkembangan diri secara lebih berkesan. Usaha untuk menyempurnakan wawasan diri ini menjadi lebih berkesan apabila ditumpangkan kepada wawasan organisasi. Penghayatan berkesan ini akan memperkukuh komitmen diri pekerja ke arah kecemerlangan diri dan kecemerlangan berorganisasi

Modul 2 ( Keserasian ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan kepelbagaian dan keunikan peribadi setiap pendukung organisasi. Penekanan kepada modul ini adalah menjanakan kefahaman, penerimaan dan penyesuaian serta penyebatian terhadap semua kepelbagaian dan perbezaan tersebut. Ini akan menjanakan asas-asas perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara lebih berkesan.

Modul 3 ( Kepimpinan ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan amalan kepimpinan dan kepengikutan secara lebih berkesan. Penekanan akan diberikan kepada kebijaksanakan aplikasi amalan dengan realiti persekitaran semasa dan persekitaran mendatang. Penghayatan berkesan ini akan memperkukuh komitmen pemimpin dan pengikut secara saling berkait dan saling melengkapi.

Modul 4 ( Komunikasi ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan amalan komunikasi yang lebih berkesan. Penekanan akan diberikan kepada peningkatan kesedaran dan pemantapan kemahiran menyuburkan hubungan inter-personal serta penghantaran dan penerimaan mesej di tempat kerja. Ini akan melicinkan kelangsungan organisasi dalam menyempurnakan keperluan peribadi pekerja dan keperluan organisasi.

Modul 5 ( Kerjasama ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan amalan “win-win” dalam setiap transaksi kehidupan berorganisasi secara lebih sedar dan lebih terancang. Penekanan diberikan kepada kesan terhadap amalan dalam penyempurnaan keperluan individu dan keperluan organisasi. Penghayatan berkesan ini akan membina asas lonjakan aktiviti berorganisasi.

Modul 6 ( Komitmen ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan nilai-nilai asas yang menjadi faktor kritikal terhadap keberkesanan peranan pendukung organisasi serta perkembangan organisasi tersebut. Penekanan akan diberikan kepada pemantapan peranan berteraskan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan.

Modul 7 ( Kreativiti ) Teras kepada modul ini adalah penghayatan amalan kreatif yang tekal membina dan menyuburkan perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara berterusan. Penekanan akan diberikan kepada penjanaan aktiviti penilaian, pengkayaan dan penyuburan yang dapat melonjakkan peranan pendukung-pendukung organisasi secara lebih berkesan.