Sain autograph atas pinggan di Bengkel Penampilan Diri dan Etika Protokol bersama Universiti Malaya
28 February 2012Sexy lingerie untuk plus size (juga pelbagai saiz!)
4 March 2012Malaysia telah mengharamkan konsert Erykah Badu yang dijadualkan akan diadakan di Malaysia. Erykah dikatakan menghina sensitiviti masyarakat “ kerana di badannya mempunyai tattoo Allah. Kisah ini mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, ada yang menyokong tindakan kerajaan Malaysia dan ada juga yang tidak menyokong. Beribu versi dikeluarkan oleh rakyat-rakyat Malaysia berkenaan pengharaman ini. Golongan menyokong meminta supaya kerajaan Malaysia bertindak tegas dan golongan yang tidak menyokong pula menyalahkan kerajaan Malaysia kerana “berfikiran sempit”, tidak moden dan sebagainya. Ada diantaranya yang melabelkan kerajaan Malaysia seperti katak bawah tempurung ini ialah orang yang beragama Islam.
Let me tell you something.. Jika Wonderpets terkenal dengan “Apa yang penting kerjasama!”, kita patut ingat “Apa yang penting hormat menghormati”.
CuteCarry bukanlah pandai sangat bab-bab agama ini tetapi tahulah perkataan Allah adalah suci untuk umat Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenang meletakkan perkataan “Allah” di tempat-tempat yang tidak sewajarnya. Nak bawa kalimah Allah dalam toilet pun tak boleh!!! Inikan pula Erykah Badu yang bukan beragama Islam meng tattoo badannya dengan perkataan Allah, dia akan membawa tattoo itu kemana-mana, daripada ke dalam kelab malam sehingga ke everywhere! Kenapakah beliau memilih perkataan Allah? Tiada perkataan lainkah yang boleh di tattoo di badannya. Sepatutnya, Erykah Badu sebagai seorang public figure berfikir mengenai sensitiviti agama sebelum melakukan sesuatu. Hormat adalah penting, walau apa pun agama orang tersebut. CuteCarry jika hendak makan daging lembu didepan orang beragama Hindu mesti sekurang-kuranya CuteCarry tanya dulu “eh..I eat beef depan u, ok kan? I know my friend ok with it, but apa lah salahnya kita tanya.hormat menghormati. (Btw..one of my best friends ialah beragama Hindu, she is the one that I can share almost everything)
Tapi kan tatto tu dah lama dan ia adalah temporary,kenapa nak siarkan lagi?…
Lagipun jika konsert ini diteruskan, mesti ada satu kumpulan yang akan menjerit-jerit depan pintu konsert kerana marah!
Last words: Yang menjerit-jerit marah ini akan sentiasa marah, terutamanya jika ia adalah acara yang melibatkan wanita-wanita mendedahkan aurat, tetapi kan kenapa yang menjerit-jerit marah ini tidak menjerit-jerit di depan pentas pertandingan bina badan yang majoritinya disertai oleh lelaki muslim yang memakai ..welll..a tiny weeny micro trunk!