Miss India Malaysia 2012 winners
28 January 2012Fesyen Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)
30 January 2012CuteCarry in Mysterious black and red.
*thank to the team, call 0122969965 jika berminat mendapatkan khidmat fotografi daripada mereka.
Tidak sangka, betul-betul tidak sangka. Selama ini CuteCarry selalu terdengar kisah kawan-kawan kena sihir/buatan orang ataupun terbaca dalam majalah, terbaru seperti Awie muntah bulu tetapi kawan CuteCarry muntahkan puyu!
this is ikan puyu. saintifik Anabas Testudineus (rasanya nak sebut Christian Lacroix dan Jean Paul Gaultier senang lagi kut…)
Sebenarnya CuteCarry bukanlah hendak percaya benda-benda seperti ini tetapi bila dah terjadi pada kawan sendiri baru CuteCarry ternganga sikit. Dizaman moden vitamin C injection pun ada orang guna santau? Kisahnya mula-mula kawan CuteCarry ini rasa tidak sedap badan. Dia juga mula mengalami situasi pelik seperti ternampak belalang hitam dalam rumahnya. Dia pun hairan sebab macam mana belalang boleh masuk dalam rumah dia sebabkan rumah dia terletak di tingkat atas apartment yang tinggi. Kucing dia yang manja pun seperti tidak mahu mendekati dia. Badannya juga rasa tidak sihat, perut rasa semacam dan keesokan harinya lagi pelik, dia mula buang air besar berdarah dan muntah-muntah keluar rambut!
So, thats it. Definitely black magic.
Dia agak blur nak buat apa, dan CuteCarry lagilah blur sebab mana tahu pasal-pasal bomoh ni, kalau cari doktor cucuk Vit C tahulah…oppsss…. Selidik punya selidik so tahulah bahawa seorang bomoh ni yang kiranya boleh tahan hebatnya.
Kawan CuteCarry pun pergilah jumpa bomoh disekitar KL jugak.Bomoh itu memberi minum air dan selepas tu kawan CuteCarry tu muntah-muntah dan keluar air warna hitam! hampir setengah baldi juga lah air warna hitam itu.
Tetapi bukan air hitam sahaja keluar..kawan CuteCarry kata selepas muntah dia rasa sangat lega dan kosong perut. Dia ingatkan dah habis lah segala santau buatan orang tetapi bomoh tu kata ‘ibu’ belum keluar lagi.
Muntah kali kedua…dirasakan daripada tekak dan mulut dan keluarlah seekor ikan puyu yang masih hidup!!!
Can you imagine A FRESHWATER FISH LIKE JUMPING OUT FROM YOUR MOUTH?
Kalau muntah sebab bullimic ok lagi kut daripada muntah puyu!
Terkejut betullan kawan CuteCarry… ikan yang hidup itu ditikam oleh bomoh tersebut dan dibelah ikan puyu tersebut. Paling hairan lagi sebab dalam perut ikan puyu tu langsung tiada insang segala.. kosong je!!!
CuteCarry cakap kat kawan kenapa tak ambil je gambar ikan puyu tu tetapi jawapannya ialah “kau ingat ini fashion show ke nak ambik gambar lagipun bomoh tu tak benarkan.Kau nak pose vogue dengan puyu tu”..
OK.. I should stop asking stupid question.
Bomoh tu pun tunjukkan lah gambar melalui air (macam dalam tv kan) berkenaan siapa yang hantar santau tu..dan jeng jeng jeng..
Sebijik muka office mate dia!!!
Dia memang tidak sangka kenapa office mate dia buat macam tu sebab dia memang takde masalah dengan office mate tu cuma mungkin satu kejadian yang projek tersebut banyak direfer pada dia walaupun officemate tu yang punya projek. Memang dia tidak sangka langsung. Office mate dia tu jenis baik bak kata orang pijak semut pun tidak matilah!!!
Pelik kan? Kalau nak santau segala tu pilah santau kat musuh-musuh negara ke ni tidak..
Perkara ini berlaku kepada kawan CuteCarry dan betul-betul mengubah persepsi CuteCarry terhadap ilmu hitam.
The universe is vast enough for other creatures – Gillian Anderson, X-Files.