Anugerah Bintang Popular 09 Fashion Report: Girls just wanna have fun..

These girls just wanna have fun @ Anugerah Bintang Popular 2009. Walaupun mereka tahu apa yang dipakai akan mendapat kritikan, tapi yang penting mereka tetap berani.

CuteCarry tidak akan mengkritik apa yang dipakai sebab mereka ni memang memilih untuk memakai pakaian ini. It is their choice. They do not want control ayu, they just wanna have fun!

This is very recognizable. It is very shiny kan? Ifa Raziah adalah antara artis-artis yang memang dengan gayanya yang tersendiri. Dia tidak takut untuk mencuba sesuatu yang kadang-kadang agak berlebihan, terlalu menonjol dan sedikit pelik. Tapi dia adalah Ifa Raziah. Pada malam ABP 09, walaupun dress ni tidaklah dikira sebagai pelik sangat tapi tetap ada ciri-ciri Ifa Raziah. She looks like a beauty queen in sequinnes!

Memang costume yang paling menonjol pada malam tu. Hanya Didie Alias yang berani memakainya. Didie nampak seperti seorang pahlawan di alam fantasi kan?

Ini adalah costume yang dipakai oleh Enot. Menurut Enot ia adalah berdasarkan kepada costume Princess Fiona tetapi si Didie Alias lebih selesa panggil “bini Shrek”.