Shopping dan tempah kasut secara online di Zenith Divas
10 January 2012“Bunga-bungaan Spanish” hiasan kepala dan fesyen selebriti di perkahwinan Ezlyn.
12 January 2012Ezlyn Hi Hi Bye Bye telah mengadakan majlis resepsi dengan Adam berkonsep Autumn in Spanish. Majlis ini telah ditaja oleh Rafflesia Pearl dan semestinya pengantin juga memakai perhiasan daripada Rafflesia. Ballroom Mutiara Crowne Plaza dihias bertemakan Autumn in Spain, siap ada daun-daun jatuh lagi. Nasib baik CuteCarry tidak pakai baju meleret-leret kalau tak sah sah sapu sekali daun-daun tu. Tak salah CuteCarry interior decor tu dibuat oleh Che Det. Sebenarnya CuteCarry sedikit tiada mood ke majlis tersebut kerana jacket ala-ala konsep modern Spain tertinggal kat umah, Wait.. kalau pakai Zara pun Spain juga lah kan, sebab Zara berasal daripada Spain!!!
Bridesmaids nya adalah designer pakaian Ezlyn pada malam itu, termasuklah Nealofa.
Jika orang kahwin memilih dress labuh yang boleh menyapu lantai, Ezlyn pula memilih dress pendek yang seksi gabungan beberapa pereka baru. Baju ini dipakai ketika part 1 majlis resepsi tersebut. Apa pandangan uols semua tentang dress Ezlyn ini? Suka ke tak? CuteCarry tidaklah rasa terlalu teruja tengok dress ini. Probably its too short or just it is not what I am expecting? But, congratulation to the designers ya. Good effort. Work hard, work hard.
Acara memotong kek pula Ezlyn memakai pakaian daripada Khoon Hooi. I love the dress. Just love it.
Jika di majlis-majlis kahwin selalunya orang cakap pasal baju pengantin, tetapi yang paling banyak disebut pada malam itu ialah kasut yang bertatahkan permata yang berharga RM20000. Kasut tersebut tak lain dan tak bukan adalah daripada rekaan Nealofa dan juga daripada Rafflesia. Seperti kata Bill Bora pengacara pada malam itu, ‘we are probably looking at our next Jimmy Choo’. Mungkinkah? Tidakmustahil jika si Nealofa ini berusaha keras untuk menjadikan bisnes kasut ini lebih besar dan bertaraf antarabangsa. CuteCarry tengok kasut-kasut Nealofa ini very glamorous and definitely for stylista fashionista populations. Ramai yang memang puji kasut ini. CuteCarry pun nak memuji kasut ini jugaklah , kalau orang tak bagitau cakap kat CuteCarry yang ini Christian Louboutin pun mungkin CuteCarry percaya kut, cuma takde merah kat bawah! Kalau Nealofa boleh comeout with something very recognizable, like it is like so Nealofa, memang meletop!
Pada malam itu, CuteCarry ditempatkan satu meja bersama dengan pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi . Romantiknya couple ini,macam baru kahwin!! Lisdawati is in Sheila Mohamad