Mempunyai pelbagai bidang untuk disampaikan adalah menjadi keutamaan setiap konsultan. Jika selama ini mungkin ada yang melihat CuteCarry hanya buat grooming class, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa CuteCarry juga adalah penceramah 5s! Tahu apa itu 5s? Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. CuteCarry juga menambahkan 2 lagi S iaitu Safety and Security. Jika segala S ada tapi tiada elemen Safety and Security tak guna juga!
Konsep pembelajaran CuteCarry untuk 5s ialah teori dan kemudian praktikal iaitu lawatan ke pejabat-pejabat terlibat..
Pose dalam stor ini adalah atas permintaan beberapa staf KPT..diaorang minta buat 2 thumbs up tapi nanti nampak macam Dr Rozmey!
Ini adalah kali ketiga CuteCarry memberi ceramah 5s di Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ceramah pada kali ini adalah taklimat khas kepada wakil-wakil 5s daripada bahagian-bahagian. Ada yang bertanya CuteCarry perlu ke tampal-tampal banyak-banyak untuk 5s.
Jawapan CuteCarry.. TIDAK PERLU!!!
Buat apa hendak menjadikan ruang pejabat anda seperti tadika? Perlukah dilabel semua peralatan yang ada di pejabat sehingga nampak sangat serabut, like macamlah orang tidak tahu benda tu tong sampah atau mesin fotostat kan?
TIDAK PERLU.. TIDAK PERLU.
Jika dibawah bimbingan CuteCarry, label hanya untuk perkara-perkara penting sahaja. CuteCarry lebih mementingkan konsep korporat dan simple untuk pejabat. Janganlah nak menjadikan pejabat seperti pelamin dengan alasan ia adalah 5s. Ingat… 5s bukan semata-mata hiasan!!
KPT mempunyai ruang pejabat yang menarik di bangunan yang baru dan peralatan yang ada diantaranya masih berbungkus. CuteCarry ingin mengekalkan keadaan tersebut supaya situasi di pejabat adalah seperti di pejabat dan bukan Pusat Jagaan Kanak-Kanak dengan segala polisterine dilekatkan dimerata-rata!
Untuk mendapatkankhidmat 5s CuteCarry bolehlah email cutecarry@yahoo.com atau hubungi 0193290397.
Leave a Reply