Jeans yang tidak sesuai untuk kaki/betis besar!
29 May 2012Kurangkan gula untuk kurus
30 May 2012Ini adalah gambar CuteCarry yang terbaru. Nampak gemuk tak?
Mungkin ada yang kata gemuk dan mungkin ada yang kata memang sesuai tetapi sebenarnya CuteCarry rasa macam gemuk!! Ketinggian CuteCarry adalah sekitar 180 cm manakala berat adalah 71kg!! Kalau tidak salah CuteCarry, berat ini adalah normal untuk ketinggian. Kes ini mendapat perhatian dua kategori manusia iaitu
Golongan 1: “Oklah berat cam ni, tak mau kurus-kurus sangat”
Golongan 2: “muka nampak chubby, apa jadi ni CuteCarry?”. (selalunya golongan ini adalah orang fesyen tegar)
Walaupun CuteCarry bukanlah orang yang senang-senang nak ambil peduli apa orang lain kata, tetapi bila melibatkan berat badan ni sedikit sensitif pula. Kerjaya CuteCarry yang memerlukan tampil di khalayak ketika event ataupun mengadakan talk/conducting class dan penampilan adalah satu tekanan besar. Jika anda berada ditempat CuteCarry, semua benda yang tidak sesuai akan terbonjol (contoh terbaik lebihan perut yang naik 0.5 inci) akan menjadi perhatian. Tetapi sebagai perunding imej, ramai yang tidak nampak kerana CuteCarry kan kerja adalah menasihati orang supaya pandai cover, so diri sendiri kenalah cover juga.
Sebab itulah juga ramai yang kata CuteCarry kurus !!
Berat badan CuteCarry adalah normal sekarang, jika beberapa bulan dahulu 65kg , nampak tulang pipi naik,punggung dan perut flat dan pakai baju apa pun boleh tetapi sekarang pipi macam chubby sikit, perut kena jaga dan punggung naik. Ramai yang kata suka tengok CuteCarry dengan bentuk badan ini tetapi hati ku berkata
“FOR GOD SAKE I AM 71KG!”
Kenapakah berat badan CuteCarry dengan hebatnya naik sejajar dengan kenaikan harga barang Malaysia?
Sebabnya ialah beberapa bulan yang lepas CuteCarry mula makan seperti normal. Ini adalah kerana jika tidak makan, Cutecarry akan rasa loya-loya dan doktor mengasyaki tanda-tanda awal gastrik. So, I eat normalay like bihun for breakfast, lunch (nasi and lots of carbo), tea (carb again) and dinner (probably carb)..and teh tarik!
Oh..did I tell you I am snacking in between?
Juga mungkin faktor umur…. (tak tau nak kata apa dah…).
Banyak baju yang tidak boleh dipakai. Apalah guna hidup ini jika baju yang dibeli ketat, seluar jika dipakai jadi macam buah cempedak di luar pagar dan muka kena teknik senyum yang betul supaya nampak high cheek bone.
Give me back my cheekbone!
Berazam untuk mendapatkan kembali tulang pipi seperti dahulu, CuteCarry telah mengambil langkah untuk menurunkan berat badan. Bermula pada hari ini, CuteCarry hanya mengambil makanan yang perlu sahaja seperti
i.sebungkus bihun, nescafe and soya bean for breakfast (big )
ii. Fish burger from Bakers Cottage and green tea for lunch (mild)
iii. sebiji kuih for tea (snack)
iv. Two slice of Butterscoth bread, soya bean and wheat grass juice for dinner (light)
Lots, lots and lots of plain water.
CuteCarry juga workout sekitar setengah jam.
Berat sekarang adalah sekitar 72 kg. Mari kita lihat akan adakah perubahan sejajar dengan perubahan gaya hidup dan gaya makan!!
Esok kena bangun jam 5.30 pagi untuk workout. Wait for my next entry!!