Apakah kena mengena antara buku terbaru Rhonda Byrne “Magic” dan ICT (Ikan Celup Tepung)?
Kedua-duanya adalah favourite yang membuatkan CuteCarry excited!
Kedua-dua buku ini dibeli di kedai buku di KLIA sebelum CuteCarry berlepas ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. CuteCarry baca dulu Magic dengan kusyuk sekali daripada sebelum boarding, atas flight sampailah ke atas katil di hotel ini.
Magic adalah karya terbaru daripada Rhonda Byrne.Ironiknya CuteCarry tidak tahu kewujudan buku ini sehinggalah Cutecarry masuk kedai buku di KLIA untuk beli buku Sophie Kinsella. Selalunya buku Rhonda ni havoc sekali reviewnya tetapi kali ini senyap. CuteCarry adalah penggemar tegar Rhonda Byrne sejak membaca karya pertama beliau iaitu Secret yang sangat mendapat liputan ramai (CuteCarry dapat tahu setelah menonton Oprah) sehinggalah kepada The Power dan anak beranak kepada kedua-dua buku ini iaitu Secret for Teen (bukan ditulis oleh Rhonda), CuteCarry dah baca semuanya. Btw..yes, I know I’m not in TEEN category anymore (remaja purba maybe!), but still I luv the concept! Buku-buku ini bukan buku fiksyen atau sebagainya atau novel jiwang-jiwang ye tetapi buku self improvement.
Kepada yang tidak pernah tahu apa itu fenomena Secret oleh Rhonda Byrne ialah beliau menterjemahkan konsep “Law Of Attraction” atau Daya Tarikan yang membolehkan kita mendapatkan apa yang kita kehendaki. Antara konsep asasnya ialah “Ask, believe and received”. Konsep asasnya ialah kita ada visi dan misi untuk mencapai sesuatu dan dengan berfikiran positif kita akan mencapai apa yang kita kehendaki. Jika hendak cerita satu persatu prosesnya memang panjang, baik uols beli buku tu je lah ye.
Magic bermaksud “if you believe in magic you can get what you want”. Ia mengupas isu yang lebih mendalam mengenai satu konsep bagaimana untuk mencapai apa yang dikehendaki dalam hidup seperti dalam kesihatan,kerjaya, kewangan, hubungan dan sebagainya. Konsep utama ialah BERSYUKUR / GRATEFUL dengan apa yang anda ada. Walaupun benda itu sekecil mana pun, kita harus bersyukur kerana jika kita bersyukur, lebih banyak lagi perkara yang baik akan datang kepada kita. Jika kita sentiasa bersyukur dengan sepenuh hati, mustahil untuk kita berfikiran negative kerana minda telah diprogramkan begitu.
Mengikut konsep Law of Attraction, jika kita sentiasa mengeluh tentang apa disekeliling kita lebih banyak perkara buruk berlaku kepada kita. Seperti jika kita marah-marah traffic jam..lagi teruk jam,kalah kepekatan seri kaya traffic jam kita! Jika kita komen tentang cuaca panas lagi panas meremang jadinya, jika kita komen gaji sikit barang naik duit sentiasa tidak cukup maka lagi lagi tidak cukuplah duit kita.
Pernah tak tengah-tengah tiada duit dan kita stress tapi waktu tulah tiba-tiba kereta pula rosak. Pernahkah berlaku jika di pagi hari kita tension pasal sesuatu dan sepanjang hari tu banyak perkara buruk berlaku pada kita, one after another.Like a series of unfortunate events! Well.. Ive been there.
Buku ini sangatlah details tentang bagaimana untuk kita berlatih bagaimana untuk bersyukur daripada hari pertama sehinggalah ke hari yang ke 28. Very the 28 hari mencari kesyukukuran!
Hari pertama saranan Rhonda ialah bangun pagi dan tulis 10 perkara yang kita syukuri seperti
“I am truly blessed to have ……. because of ……..”
Kita juga perlu bersyukur dengan apa yang ada di badan kita seperti patut berterima kasih dengan kaki yang boleh kita berjalan (orang cacat tak leh jalan), mata yang dapat melihat (orang buta langsung tak nampak) sehinggalah kepada otak kita yang bertugas membuat segala-galanya!
Setiap hari ada perkara dan cara untuk kita mensyukuri nikmat yang kita ada.
Sebenarnya dalam Islam pun dah ada konsep ini seperti kita kan mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Masih ingat kan kalau sendawa lepas makan apa yang kita cakap? Alhamdulillah…
Wear: Shades:Marc by Marc Jacobs, hoodie uniqlo, yello tee (macam matching pulak dengan ikan tu) from The Store Kuala Kangsar!
CuteCarry purposely tidak makan sehari suntuk untuk makan juadah ini. Alhamdulillah sebab dapat makan Ikan Celup Tepung ini (ICT) di Kuala Terengganu. CuteCarry makan ICT ni di gerai berdekatan dengan kolam renang Pantai Batu Buruk. Sebenarnya cadangan CuteCarry ialah untuk makan ICT di kawasan-kawasan area airport Kuala Terengganu (KT) iaitu Pantai Teluk Ketapang tetapi kerana kesuntukan masa terpaksa makan disini sahaja. Cutecarry touch down di KT pukul empat lebih dan kelas yang padat sampai malam dan hanya ada sejam masa senggang sebelum kelas bermula. Dah kerja kan, terpaksa lah korbankan sikit.
Sejujurnya ICT di kawasan ini tidaklah sesedap ICT di Pantai Teluk Ketapang daripada tepungnya sehinggalah kepada cicahnya tetapi CuteCarry bersyukur dan berterima kasih.
Sebab –sebab bersyukur perlu besyukur ialah CuteCarry masih dapat makan ICT Terengganu berbanding dengan orang yang tidak pernah jejak Terengganu, ikan disini fresh berbanding dengan ikan di KL dan berapa ramai orangkah yang dapat makan ikan, sotong cicah sos special berdepan dengan laut lepas Pantai Batu Buruk juga sapa berani mati petang-petang malam-malam pakai sunglasses walaupun tengah makan ikan celup tepung?
Yes.. I am grateful. Alhamdulillah.
The Magic. RM42.90 (harga di KLIA lah…) Tapi nasihat Cutecarry ialah beli dulu buku terdahulu Rhonda Byrne Secret atau Power sebelum baca Magic.
Bersyukur juga kerana kerja CuteCarry sebagai consultant membuatkan CuteCarry travel kesana kemari dengan semua itu dibayar! Its gonna be a busy exciting days in KT. Untuk mendapatkan khidmat CuteCarry untuk bengkel /kursus/konsultasi berkenaan penampilan diri/grooming, 5s, komunikasi dan sebagainya, sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.
Leave a Reply