Miss China is the new Miss World 2012
18 August 2012Hari Raya hari bosan?
22 August 2012Diamonds are women.. I mean CuteCarry best friend!
CuteCarry berposing bersama dengan cincin berlian RM85,000.00.Black jubah from Wanpa.
Oppsss…jangan salah anggap, ini bukanlah CuteCarry punya cincin tetapi kepunyaan salah seorang daripada kenalan CuteCarry. Gambar diambil setealah solat terawih di akhir-akhir bulan Ramadan bersama-sama dengan sekumpulan socialites .Simple and nice rock.
Tetapi CuteCarry bukanlah peminat cincin. Satu cincin pun CuteCarry tidak pakai. Ada kawan-kawan lelaki CuteCarry yang suka pakai cincin daripada jenama Bvlgari sehinggalah kepada cincin batu sebesar penumbuk baby yang dibeli di pasar malam.
Sorry.. I am not a big fan of ring. But, if you give me expensive ring, I would consider, perhaps kannn
RM85,000 bukanlah cincin yang paling mahal pernah CuteCarry tengok dan menggayakannya (tapi tidak pernah beli), pernah juga yang berharga ratusan dan jutaan ringgit. Memang lain feelingnya bila merasa tengok jenis-jenis berlian tersebut.
Mesti yang ada berkata kenapalah cincin yang kecil-kecil macam tu berharga RM85,000. Jawapannya ialah kerana mutu dan juga pembuatan cincin tersebut. Jika dilihat ia dibuat dengan penuh ketelitian dan juga berlian yang bermutu.
Juga ada yang berpendapat, kenapa hendak membeli cincin berharga ratusan ribuan ringgit membazir duit sahaja. CuteCarry kurang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana jika anda ada kemampuan, beli sahajalah. Mungkin ada duit terlebih setelah ditolak derma/zakat/kebajikan kepada mereka yang memerlukannya, silalah beli…
Ingat, kita bekerja keras siang malam, kadang-kadang kita perlu reward diri kita dengan kemewahan!
Tetapi ada sedikit drama terjadi semasa menggayakan cincin itu. Hebat posing tiba-tiba susah nak tanggal pula cincin yang mahal tu. Cuba-cuba baru boleh..
Phewwwwww…….. orang miskin memang tidak sesuai pakai barang-barang mahal!!!