Cuba teka ini beg apa? Jawapan:BEG PRADA berharga ribu riban

CuteCarry tengok beg ini sekali lalu dan menyangka ini mungkin beg yang kita boleh beli di Carrefour ataupun di kedai runcit tepi 7-Eleven tetapi ia adalah Prada.

Prada Nylon Pink Tote yang berharga RM3000 lebih. Ia bukan kulit tetapi dibuat daripaada NYLON. Ini adalah untuk mereka yang memang berminat hendak menjadi Paris Hilton (versi nylon!). Beg ini juga mungkin sesuai untuk letak susu dan barangan keperluan bayi. Sesuai kan? Bercakap mengenai beg bayi, teringat beg Salvatore Ferragamo ada gambar harimau kepunyaan kawan. Didalamnya terletak segala macam keperluan baby.

Prada Spring 2011 campaign..adakah persamaan dengan beg diatas?