Miss Malaysia, Gabriella Robinson is Miss Tourism International 2011
1 January 2012Blog CuteCarry akan lebih personal dan sensasi di tahun 2012
4 January 2012Tajuk diatas mungkin sudah dapat mengagak apakah entry CuteCarry pada kali ini. Yes..anda betul, ia adalah mengenai ke-meroyan-nan CuteCarry.
Kita menyambut tahun baru dengan pelbagai azam, ada yang kurus, ada yang nak cantik, nak kaya, Siti Nurhaliza nak jadi Madonna, Dr Romzey mungkin nak buat filem dan macam-macam lagi. Tetapi permulaan tahun 2012 CuteCarry pada tahun ini tidaklah begitu fabulous. Ia dimulakan dengan masalah teknikal blog iaitu server telah crash. That is so beyond my control. I can’t do anything. Paling menyedihkan ialah entry selama dua bulan hilang didalam database. Ini adalah jawapan daripada syarikat tersebut. CuteCarry cut and paste!!
Hi ,
We apologize for inconveniences caused but due to server crashed all the data was lost and Now we have only backups of Oct.
I have restored your site hhttp://www.cutecarry.com/ from backups which we had.
24×7 Support Team,
website: XXXXXXXX Best Hosting Experiences
———————————————-
This is the second time ia berlaku. Tension tak? “Best hosting experiences” seperti yang didakwa? I disagree!!! Tetapi nasib baik CuteCarry ada cara nak recover balik data-data tu.Mungkin ambil masa sikit. Nak harapkan company tu? Berhentilah mengharap!!! Sangat teruk domain provider tu.Kalau nak tahu company apa, tanya CuteCarry ye supaya you tidak mengalami nasib seperti CuteCarry. Sangat-sangat lemah dan sangat-sangat memalukan servis mereka. TERUK!!!!!
Tetapi nasib baik perkara ini berlaku sebab CuteCarry pun ada alasan terbaik untuk tukar domain provider yang lebih baik. So, sekarang blog baru nak pulih,dulu ICU sekarang ni dah bertukar ke wad biasa. Tetapi bukan status pesakit luar lagi!
Itu adalah salah satu sebab kenapa Cutecarry sedikit down.Tetapi perkara lain yang buat CuteCarry sedikit bengang, sakit hati, stress dan agak down dan sedih ialah ADA PIHAK-PIHAK YANG MENUDUH CUTECARRY SOMBONG DAN TIDAK SEDAR DIRI.
Sakit hati tak? Perkara ini diberitahu oleh seseorang melalui perbualan telefon yang berakhir selama lebih kurah 45 minit. Ya Allah,terkejutnya, Sampai ke tahap itu CuteCarry dikutuk. CuteCarry dah biasa dengan kutukan tetapi kalau yang mengutuk dan berprasangka itu makhluk-makhluk yang agak significant didalam kehidupan CuteCarry so agak sedih juga la.After all I did this is what I’ve got? Sebab jika CuteCarry ini memang jenis yang sombong , kerek 24 jam tu I am ok and I can deal with it but this is a very baseless accusation!
Tidak dinafikan muka CuteCarry memang kadang-kadang nampak kekwat, sombong penuh attitude. Seperti contoh dibawah.
Pose terakhir Cutecarry di tahun 2011 di IMAX Sunway Pyramid dengan memang pop corn yang sedap,manis letin dan berharga RM29!! Muka Kekwat kan? Haruslah kan….
CuteCarry juga tidak nafikan kadang-kadang CuteCarry ni jenis kekwat juga terutamanya dengan sesetengah orang yang CuteCarry tidak berkenan dengan perangainya ataupun jenis yang CuteCarry tidak berapa nak ada chemistry. CuteCarry juga akan jadi lebih daripada “Devil wears Prada” terutamanya jika kerja yang diberikan tidak dijalankan dengan sempurna. Tak percaya? Tanya pada my assistant dan mereka yang pernah bekerja dengan CuteCarry. I am so damn concern about my work.
Dakwaan-dakwaan tersebut juga memang tidak benar kerana ada kes-kes yang didakwa CuteCarry tidak perasan pun kejadian itu. Seperti kata CuteCarry tidak salam seseorang di satu ketika…heyyyyyyy…. setelah diingat CuteCarry tidak perasan pun ada orang kat situ. Terus dikatakan CuteCarry sombong.
Ada kata kenapa CuteCarry sombong tidak tegur…..jawapan CuteCarry pula ialah yang korang tu ada ke hati nak tegur aku?
Ada cakap jangan sombong nanti rezeki ditarik, erm…. Tetapi jika diingat kembali, setelah sekian lama manusia-manusia ini berprasangka buruk pada CuteCarry rasanya rezeki CuteCarry makin bertambah. Tidaklah banyak tetapi syukur alhamdulillah, cukuplah makan. Manusia-manusia ini pun rasanya daripada dulu sampai sekarang sentiasa dalam keadaan tidak tenteram. Eermmm…. sedih dengan perangai diaorang bila mereka tidak mengetahui kesalahan mereka sendiri.
CuteCarry tahu yang CuteCarry bukanlah jenis yang sombong dan ikhlas melakukan sesuatu.
Tuduhan-tuduhan ini agak melampau dan sedikit sebanyak telah menyebabkan CuteCarry sedikit down. Walaupun CuteCarry selalunya jenis tidak kisah apa orang lain kata tetapi well…hati I bukan batu tau.. (lagu latar Ombak Rindu).
I wake up on the very next morning with broken heart. But I try my best conceal my feeling with my fake laughter and smile. I went to the gym,hit the treadmill hoping that feeling to fade but its still there. So, I drove to pick up my laundry (pemalas, tidak pernah pun nak basuh baju sendiri). Jalan-jalan area kedai dobi tiba-tiba masuk kedai runcit.
TERNAMPAK TONG GAS!!!
Salah satu cara untuk menghilangkan kesedihan ialah dengan bershopping. Tanpa disedari CuteCarry terus membayar RM78 untuk tong gas tersebut (RM50 for the deposit + RM28 for the gas).
Tong gas tersebut telah dihantar ke rumah CuteCarry. Ini adalah kali pertama sejak azali rumah CuteCarry ada gas. Selama ini dapur yang telah direnovate itu tidak pernah ada gas hanya sekadar untuk pose-pose je. CuteCarry bukanlah jenis orang yang rajin ke dapur kecuali untuk ambil air mineral dalam peti ais. Masak pun jauh sekali. Sooo not my territory!!!
I feel better now. Thats why I can write this entry. What a best therapy!!
Shopping adalah terapi terbaik, beli tong gas pun, tong gas lah!!!! Bayangkanlah tong gas pun boleh membuatkan hidup CuteCarry gembira…
I will make sure this year is the best year. I will work at my hardest, think positive, make more monies, lead a healthy lifestyle and everything good. Insyallah!!!