Dimanakah lokasi Miss Universe 2012? Kimberly Legget pun tak tahu!!

Parti Thomas Sabo Spring Summer 2012 telah dihadiri ramai selebriti dan antaranya ialah Kimberly Legget, yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2012.

Nampak fresh walaupun baru sampai daripada Penang!

Lama juga tidak jumpa Kimberly dan kita berbual-bual pada hari itu. Antaranya dia buat apa sekarang dan juga tertanya dimanakah dia mommy besar dia iaitu Andrea Fonseka dan Kim kata itu mama tak datang. Tetapi antara paling best punya soalan cepuemas daripada CuteCarry ialah ialah dimanakah lokasi pertandingan Miss Universe 2012? And Kimberly pun masih tertanya-tanya dimanakah lokasi. Sah-sahlah dia perlu tahu  awal sebab dia akan bertanding dan membuat persedian awal.

CuteCarry ada post pasal pertandingan Miss Universe akan diadakan di Jakarta, Indonesia tetapi sebenarnya ia tidak betul!! Lokasi Miss Universe 2012 belum ditentukan lagi dan peminat-peminat masih tertanya-tanya..

Agak-agaknya dimanakah lokasi itu?