Fesyen Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)

Anugerah Juara Lagu  26 (AJL 26)telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan kita telah tahu siapakah pemenangnya. Tahniah pada Hafiz. Shila, Jac, Ning, Alyah, Faizal Tahir dan semua yang terlibat. Jika tidak puas hati tidak perlulah nak marah-marah,mengutuk..harap terimalah sahaja keputusan juri. CuteCarry bukanlah pandai sangat bab-bab muzik ni tetapi kalau bab fesyen bolehlah sikit-sikit. Mari kita lihat fesyen Anugerah Juara Lagu 26. ITS GONNA BE A LONG ENTRY!!

Sebenarnya CuteCarry sejak akhir-akhir ini semacam sedikit malas hendak ke event. Not sure why,probably the age, hormones or “current” factor but the feeling is like not as excited as before. But,when I treat it as part of my responsibilities/job descriptions I dragged myself from my comfy sofa and pick what to wear and ready to face the camera. Btw.. interested tak hendak jadi CuteCarry? Senang je… pakai trench/jacket, sunglasses, skinny/pants and with some “specific strike a pose” and you can be me!!!

Walaupun dia bukanlah penyanyi dan bukanlah juga seorang pengadil tetapi nama dia dijerit-jerit walaupun artis lain yang membuat persembahan. Nealofa. Semakin cantik Cik mek molek ni. Nealofa memakai baju Wanpa.bukan baju sponsor ye tetapi yang dibuat di Wanpa daripada  fabrik adalah dibeli oleh Nealofa di China, teringat pada Dior news paper dress kan bila tengok print dia.  Design baju ini hanya dibuat melalui perbualan telefon antara Wanpa dan Nealofa..tanpa sketch, tanpa ukur..just melalui perbualan telefon..and voila, the dress is ready to wear!!!

CuteCarry with Rosix from Wanpa (019 6690717 )and Nealofa waktu kat dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Ala…tak sempat nak pi ke premiere Azura esok sebab CuteCarry outstation!!!

Speaking ’bout Dior…Sazzy Falak is wearing Dior.

Aishah Sinclair also in Dior.

From Dior we move to Atelier Versace.. I thought it is from Ateliar Versace. Remember my entry about Angelina Jolie dress at Golden Globe 2012? I pick her as best dressed at the event.

I thought Dato Siti is wearing Atelier Versace..and I am dead wrong.

Dato’ Siti Nurhaliza looking fresh in Rizman Ruzaini.

Dior juga memakai daripada designer antarabangsa kelahiran Malaysia, Zang Toi. Suka tengok matching oversized trench dengan newspaper cap tu. CuteCarry tanya harganya tetapi Dior pun tak pasti.

Fathiya in Wanpa. Sebenarnya baju ini dipakai last-last minute dan Fathiya memberikan pose istimewa sebaik sahaja baju ini dipakai…yeah..di Bukit Jalil!


Comelnya dia…melampau-lampau comel Miya Sara memakai dress daripada Wanpa! Dress macam ni baru sesuai untuk kanak-kanak macam Miya Sara..kadang-kadang tengok girl yang comel tetapi dipakaikan dengan gaun ala-ala serabut, labuh dengan reben sebesar alam…

Also in Wanpa. Dynas mengandung 5 bulan tetapi tetap maintain badan..cuma perut je besar, yang lain semua maintain!!! Belt tu dia letak sebagai aksesori. Some people kan sangat lucky, badan tak naik pun. Tetapi Dynas tetap merendah diri bila CuteCarry puji dia cakap..belum lagi naik!!! Again to purchase /buat baju daripada  Wanpa boleh call 019-6690717.

Pada acara blue carpet (red carpet tetapi kalau Celcom taja terus jadi blue carpet!) CuteCarry berjumpa dengan Yuna..sudah lama tidak berjumpa dengan dia dan kita berbual-bual sikit dan CuteCarry cCakap pada dia yang memang nak dia menang..tetapi takde rezeki kan..takpelah.

Colour blocking.Yuna memakai Syomir Izwa untuk performance tetapi utuk blue carpet CuteCarry tidak berapa ingat siapakah nama designer itu.. Yuna ada bagitau tetapi macam tak  familiar sangat, so kalau sapa yang tahu let me know ya.  Boleh tahan juga ye design baju ni!

This is Syomir Izwa colour blocking..Juliana Ibrahim yang petite nampak cute kan? kisahnya dia ke Syomir hendak alter baju tetapi ternampak baju ni, terus ambil!!!

Juliana with her beloved hubby…

Colour blocking is like the hottest trend around!!!  Yasmin hani, I think she is wearing Syomir Izwa.

Another way of colour blocking, Datin Norjuma;baju warna hitam dan clutch warna biru. CuteCarry tengok sekali terus cakap kat dia, cantiknya clutch Bottega Venetta tu. Very recognizable Bottega weave. Datin Najwa makin slim sampai CuteCarry pun tak perasan pada mulanya itu ialah dia,takut tersalah tegur..sampailah dia tegur ‘Hi CuteCarry”. tengok sekali lagi baru perasan! Seriously nampak sangat-sangat muda bila dia dah slim macam ni. Kalau pakai baju sekolah pun orang masih ingat dia student lagi kut, walaupun anak dah beberapa orang! Dia ada mempunyai perniagaan tudungnya sendiri dan nanti bila dapat info CuteCarry update ye!

 


Another Color blocking bertudung, Nora. Mungkin gaya ini boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin nampak stylo bila bertudung. Dia pun tidak makan tua, tetap maintain!

Seorang lagi artist yang nampak muda sentiasa, Datin Seri Tiara Jacquelina. Nampak modern and classic bila pakai jeans dengan jacket.  Black and white with  denim- PERFECT!!!

Another classic style, Ning Baizura and hubby waktu red carpet.

Hitam tetap menjadi pilihan. Nabila Huda memakai dress daripada Amir Luqman.Tetapi colour blocking dengan kontra kasut yang berwarna merah.

1920’s in 2012. Amir Luqman. Paling meletop. Amir akan berlepas ke Dubai pada bulan Mac ini bersama Dato’ Radzuan Radziwill untuk membuat pertunjukan fesyen di Dubai Fashion Week 2012. Fesyen yang bakal diketengahkan ialah Islamic Fashion/busana muslimah. Menurut Amir, rekaannya untuk Dubai Fashion Week betul-betul mengikut terma busana muslimah, tidak begitu longgar dan pendek kata syariah compliance lah!

CuteCarry with Amir Luqman and Ridzuan Ismail daripada Wanpa. Ini lah seorang lagi Wanpa..tetapi dia ni jenis-jenis very the pendiam/ introvert dan bukan kekwat, berdiri ala-ala ayu di satu sudut lepas makan di post party. (lagu latar “sekadar di pinggiran daripada Francessa Peter, Juara Muzik Muzik 1986”)

Marsha in Fitri.

Ingat lagi tak Fitri?

Striking Fauziah Ghous in Zery Zamry.

Lamanya tak jumpa Ainul Aishah!! Sekarang ni dia sibuk buat bisnes.Tuti Fruitti di Bangi itu ialah kepunyaan family dia dan dia juga membantu menguruskan bisnes tersebut selain daripada perniagaan Monavie. Bagus Ainul, meletop dengan business sekarang. Diam-diam berisi..kencang bisnes. Dia pun ala-ala low profile pada hari tu tetapi tetaplah kan ramai yang masih kenal dia.

Ball gown  oeleh Hatta Dolmat yang turut membantu Aliyah memenangi persembahan terbaik. Make up Aliyah sangat compliment dress tersebut.


Another girl in ball gown, Zenny Salihuddin, peserta Biggest Loser Asia yang sekarang menjadi artis.

Boys just wanna have fun! Suka print jaket tu.

Zain Saidin ala-ala Romeo zaman 70an pula, macam Saturday Nite Fever pulak kan?

Girl just wanna have fun. Rambut Lisdawati ini bukanlah gaya terbaru beliau tetapi ia adalah untuk watak filem terbaru beliau yang sedang dalam penggambaran. So, lepas ni dia akan kembali kepada rambutnya yang cantik tu!

Last but not least.. dia cool, dia hebat dan dia mempunyai peminatnya tersendiri. Beliau adalah peminat setia Ziana Zain dan selalu mendapat perhatian di festival/acara or any event. Bukan senang kan nak masuk post party tetapi dia ni tetap mendapat pass masuk untuk bersama-sama dengan artis lain.

Okay…bila dah habis acara,masa untuk post party. CuteCarry dah masuk berpuluh-puluh post party tetapi rasanya ini adalah makanan paling best terutamanya mee mamak, tauhu bakar dan nasi lemaknya!!!

Ok guys…c ya!!!

Last note: Sorry I must say this.. I really think Najwa Latiff really really  need an image consultant or stylist. She is such a sweet girl…call me girl!!!