Dimanakah lokasi Miss Universe 2012? Kimberly Legget pun tak tahu!!
20 January 2012Advertorial: Kalau hendak cantik minumlah collagen!
25 January 2012Ohhh…. I know how much you miss me and I can sense it. I know you are longing to read my blog and here I am, updating the latest update!
huh…diatas adalah salah satu daripada statement yang paling berangan hangit daripada CuteCarry. Rindu rindah CuteCarry? Ada ke yang rindu rindah, kalau ada tu baguslah, kalau takde tu tidak mengapa. Tapi rasanya ada kut sebab sistem stats counter CuteCarry ini menyatakan beribu-riban yang buka blog ini walaupun CuteCarry dah dekat 5 hari tak update blog. Apakah sebabnya?
Semuanya disebabkan Chinese New Year. Orang Cina (OC) pun tidak sehavoc CuteCarry menyambut CNY tetapi CuteCarry yang paling hebat sekali. Siap berhari raya segala. Apa-apa pun CuteCarry ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Kita kan orang Malaysia..
Sempena tahun baru Cina ni, CuteCarry akan update berkenaan makanan OC yang famous iaitu Pau. Yes.. pau yang sedap itu. Tetapi kali ini CuteCarry akan buat perbandingan antara dua jenis pau yang popular di negeri Perak iaitu daripada daerah Tanjung Malim dan Kuala Kangsar.
Idea hendak membuat entry ini datangnya daripada keadaan trafik yang amat dasyat sekali di dunia yang berlaku pada hari Sabtu iaitu dua hari sebelum CNY. CuteCarry hendak berhari raya di kampung iaitu di Kuala Kangsar dan juga menghadiri majlis perkahwinan di Taiping, so pagi pagi dengan semangat jitu-gituan jam 6.30am bertolak daripada rumah di KL dan sampai di Jalan Duta sekitar jam 7.00 pagi. Guess what? The traffic starting to build up from Jalan Duta. So, I calm myself and try to imagine the best, tetapi setelah traffic pun sangat dasyat dan hampir dua jam CuteCarry hanya berada di Rawang, CuteCarry pun mengambil keputusan untuk gunakan jalan lama!
Walaupun hati rasa sangat-sangat tension sebab jalan jem dan terlambat ke majlis kahwin, CuteCarry only imagine the best, so all the way I enjoy the moment and the view.
Dah berkurun rasanya tak gunanya jalan lama, best jugak sebab dapat tengok macam-macam benda, daripada pokok-pokok hutan, musang anak beranak mati kena langgar (kesian) dan juga seorang perempuan melayu (agaknya) yang sangat confident memakai baju tidur baby doll seksi yang very the macam beli di pasar malam naik motor di sekitar kampung (triple kesian!!). Cik adik, nak confident pun tukarlah baju tidur tu, ini juga menunjukkan anda tidak mandi lagi!!
Tiba-tiba nampak kedai pau Yik Mun. Erm… apa lagi so I dah kawan pun berhenti sebentar.
Pau Yik Mun Tanjung Malim adalah antara pau yang popular di Malaysia. Bila kita ingat Tanjung Malim, kita akan ingat dengan pau tanjung Malim. Memang terlalu famous. Semasa CuteCarry sampai disitu masa orang agak ramai dan terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk dapat tempat duduk. Bila sudah dapat tempat duduk hendak menungu orang hendak clear kan meja pun hampir setengah jam. Sorry la tetapi servis disini memang agak teruk. Mungkin disebabkan oleh kekurangan orang atau pun faktor-faktor lain tetapi servis memang tidak memuaskan.
Disitu bukan hanya ada pau tetapi juga lain-lain juga daripada nasi goreng, mee sup dan sebagainya. Servis yang lembap menyebabkan CuteCarry dah kawan hanya order pau sahaja, itupun ambil sendiri kat tempat pemanas pau!
Pau kacang nya memeng terbaik dan yang paling best ialah kulitnya yang lembut.Pau daging pula rasanya seakan-akan seperti rendang daging (the milder version of rendang daging).Paling best ialah makan dengan kopi putih dan kopi cham Yik Mun. Tetapi ya ampun, kenapalah manis letin (orang Perak punya loghat untuk term extremely sweet!).
Memang teringin giler hendak makan mee segala tetapi memikirkan nanti kena tunggu lagi sejam baru sampai makanan terpaksalah CuteCarry lupakan hasrat itu. So, kita pun terus menuju ke tol Tanjung Malim with a happy and positive energy sebab dah makan segala kan. Bila masuk highway, jalan clear!!!! BEST..
So to next location, pau Kuala Kangsar..
Cuti cuti Malaysia ini adalah masa untuk CuteCarry makan sampai tak hengat. So keesokan harinya CuteCarry pun makan pau lagi. Interesting kan, pemilik restoran ini adalah Cina tetapi dia tetap berniaga walaupun keesokan harinya adalah Chinese New Year dan malam itu adalah makan besar. Jika restoran melayu, rasanya mesti dah tutup dengan alasan “hari masak”. Tetapi pada hari itulah masa nak cari duit sebab ramai orang balik kampung dan nak makan pau kan. Seperti biasa, memang terpaksa menunggu, ala-ala ada waiting list pulak!
Pau di restoran ini memang terkenal di Kuala Kangsar walaupun tidak sepopular pau di Tanjung Malim. Ia juga adalah ala-ala rendevous untuk CuteCarry dan rakan-rakan di kampung bertemu jika CuteCarry balik kampung.
Its a very humble place located just a meters away from Kuala Kangsar river bank. If you want to go there, look for Arena Kuala Kangsar and you’ll find this place.
Pau kat sini memang terbaik. Pau ayam yang lembut dan initinya boleh rasa sayur dan ayamnya. Pau kayanya pula seperti makan roti kaya tetapi versi lembut dan panas. Ini pau daging pula tidaklah sepedas pau Yik Mun tetapi still terbaik.
Sesudah merasa kedua-dua pau ini, CuteCarry dengan ini mengisytiharkan pemenang untuk PAU TERBAIK DI PERAK IALAH PAU KUALA KANGSAR!!
ps: this is my personal view, I am indeed from Kuala Kangsar so they’ve probably a bit ‘misjudgement’ involved!!
So, enjoy my camwhore with my new Olympus Tough camera tajaan daripada Permanis Sdn Bhd. Over tak CuteCarry bercamwhore?berangan cute walaupun hakikatnya dah tua bangka, itupun nasib baik tak buat pose mulut muncung cam itik tu!