Madonna Latest Video: Give Me All Your Luvin’ (Feat. M.I.A. and Nicki Minaj)
3 February 2012RM888 per couple at Valentine Day Celebration at Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur
9 February 2012Tajuk diatas adalah didalam bahasa Inggeris tetapi entry ini adalah didalam bahasa Melayu sebab dia melibatkan makanan Melayu iaitu cekodok dan lempeng pisang. Sebenarnya pelbagai versi untuk masakan ini antaranya orang kampung CuteCarry panggil cekodok juga dipanggil cucur pisang dan lempeng juga dipanggil tempek pisang. Banyak cekodok dijual ditepi-tepi jalan tetapi ewwww…… pisang nya sikit tetapi tepung dan sodium bicarbonate yang banyak, sebab tulah ia jadi kembang. Tak authentic langsung. Kalau nak untung pun agak-agaklah kan…
Mempersembahkan cekodok pisang Precint The Kopitiam Putrajaya. Cekodoknya memang lembut, banyak pisang dan paling best kita boleh minta cicah dengan susu pekat manis ataupun kuah asam pedas. Berlainan betul dengan cekodok sodium bicarbonate yang gemuk dan besar tapi tak sedap. Dapat kita rasakan pisang dan sedikit tepung. Sangat home cooked!
Selepas cuba cekodok, cuba pula lempeng pisang. Ini adalah cekodok tapi versi pancake pisang. Sorrylah sebab CuteCarry tidak berapa tahu sangat pisang apa yang digunakan. Selain daripada cekodok dan lempeng, ada macam-macam masakan melayu dijual disitu daripada asam pedas kepadalah roti jala.
Harganya pun berpatutan, tempat selesa, siap ada tempat solat dan juga ruang memasak terbuka. Kita bolehlah lihat samada masakan disediakan secara bersih atau tidak..cuma kalau tengah hari panas sikit kut! CuteCarry kan jenis bajet-bajet duduk di London walaupun berada di Malaysia so kalau panas sikit rasa sedikit tidak selesa. Mungkin sebab ia tempat terbuka…panas sikit je la, tak la teruk. Nanti bila Cutecarry cakap Malaysia ni panas ada pulak yang menyampuk “neraka lagi panas uols”…
CuteCarry terjumpa dengan satu restoran ini setelah habis meeting untuk satu project di sekitar ini dan berjumpa dengan my BFF Naglaa si perempuan arab!!
Perempuan ini lebih dikenali dengan Kak N oleh “anak-anak didiknya!”. Dia yang memperkenalkan restoran ini. Kak N ni sebenarnya walaupun mengamalkan budaya melayu tapi masakan melayu ini kurang tahu sikit sebab mak dia orang Mesir dan bilabercakap pasal makanan arab dia tahulah bila ada makanan kampung yang best haruslah kita serbu!!!!!
Precint Kopitiam terletak di Precint Diplomatik, Putrajaya.Like diaorang punya facebook