Hip TV Fashion Report Part 2
28 March 2010Photoshoot…quick and easy
30 March 2010This is the final part.
Hip TV Fashion now on the boys!
If you like boys, please read!
Black suka pink! Tapi hari ni Black macam bukan nak ke party Hip je..serba tak kena penampilan Black pada hari ni.
Jaket dan seluar ok tapi baju pink tu macam di tambah dengan tiba-tiba ternampak SINGLET putih pulak! Rasanya lebih elok jika kemeja tu digantikan dengan t-shirt lagi nampak hip dan chic!
Lagi nampak sangat chic dan effortless jika tidak matchy-matchy kasut dan baju!
Bandingkan apa yang dipakai oleh Black dan pelakon Kamal. Dua-dua menggunakan konspe yang agak sama tapi siapa nampak lebih bergaya?
Pilihan saya ialah Kamal.
Potongan jaket Kamal dan Black memang seakan-akan sama tetapi Kamal memilih kemeja yang sesuai. Jeans lusuh dan kasut putih membuatkan penampilan Kamal nampak lebih effortless!
Diva yang paling mendapat tepukan gemuruh pada hari tu… Azwan Ali…………………….berkenan betul dengan fabrik jaketnya!
Fizo Omar memakai pakaian yang paling sesuai untuk malam Hip TV.Hitam dengan sedikit sentuhan merah. Good job!
Penampilan simple daripada Bro Ritchie Rahman. Masih teringat masa zaman sekolah, memang suka baca majalah Remaja, terutamya bila Remaja di bawah Bro Ritchie.
Bro Ritchie berpesan kepada saya, dalam blog janganlah tulis yang teruk-teruk sangat pasal artis ni, tapi janganlah terlalu baik pulak!
BAIK… tidak terlalu baik dan tidak terlalu jahat…nasihat akan diikuti!
Hip TV akan disiarkan pada 2 April 2010 (Jumaat) jam 10 malam.