“Ibu-ibu hot” di Majalah WW Mother’s Day Event

Jemputan ke Majalah WW Mothers Day ini adalah daripada Chief  Editornya iaitu Wirda Adnan. CuteCarry terserempak dengan beliau ketika di airport Kota Kinabalu, terdengar orang menyapa “CuteCarry!” dan disitu Kak Wirda sedang menunggu flight balik ke KL. Beliau berada disana untuk Face of JKhan manakala CuteCarry pula ada conduct grooming class. Berbual lama la juga sementara menunggu flight yang delay.

CuteCarry  di Zebra Square, KL lokasi event tersebut. Sejurus tiba kat sana, ada  yang dok snap gambar CuteCarry, daripada photographers sehinggalah kepada pembaca-pembaca CuteCarry.com tetapi sebenarnya macam tidak selesa sangat sebab ia adalah Mother’s Day event dan CuteCarry ni takkan boleh jadi ibu. Bila ada yang minta CuteCarry ambil gambar bersama-sama ibu yang hadir. auissh…sedikit rasa janggal sebab CuteCarry seorang je lelaki! Lawak pun ada tetapi let me tell you something..banyaknya hot moms kat sana. Bila ditanya mana your mom, CuteCarry dengan selambanya tunjuk kat assistant CuteCarry yang ‘plus size’!! (jadi mangsa keadaan sangat assistant ku!)

Guest of honour Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin (in purple and yes.. under that yellow umbrella)

Wirda Adnan menyampaikan ucapan

CuteCarry bersama dengan Ning Baizura. Walaupun dia belum lagi jadi hot momma lagi, tetapi Ning memang selamanya hot.

Colour blocking.Ning is wearing Flow dress and that killer Stuart Weitzman shocking pink heels. Harganya lupa pula nak tanya tapi dalam ribuan tak lari.  CuteCarry pula pakai kasut Puma, beli waktu SALE. Antara Dua Darjat.

Close up shoes!!

Cantik kat heels dia?

Hot moms fashion show oleh FLOW. Ia adalah untuk mereka yang berbadan plus size atau lebih dikenali dengan kata kasar gemuk. Tapi ingat jika anda gemuk anda tetap cantik.

Hot moms juga memerlukan aksesori yang hot..seperti Suhara Jewellery

Hot moms juga akan nampak lebih hot pakai baju JKhan di pagi raya nanti. Promosi raya awal-awal.


Hot mom Dato Khatijah Ibrahim membuat persembahan membuat persembahan. Memukau betul.

Tepukan gemuruh!!! Standing ovation.


Hot papa and hot momma, Nazril Idrus dan Sazzy Falak with their cute adorable twin.

Hot mom Norish Karman.

Amanda Imani.