Khairul Fahmi Apek jadi Duta Brylcreem

Tuah ayam nampak di kaki dan tuah Khairul Fahmi Apek…mugkin  juga nampak di kaki sebab kalau dia kaki bangku dan tidak cekap bermain bolasepak seperti CuteCarry mungkin dia tidak bertuah macam sekarang. Rambut dia juga bertuah sehingga dilantik menjadi Duta Brylcreem.

Pernah tak pakai minyak rambut Brylcreem? Jika anda tidak pernah mungkin anda lingkungan umur terlalu tua atau terlalu muda tetapi jika umur anda sekitar CuteCarry rasanya mesti pernah pakai Brylcreem masa zaman kecil-kecil dulu. Rambut berminyak  ke sekolah, kemas dan yang penting senang disikat!

Memories… I still can smell it.

Satu pesanan CuteCarry pada Apek.. dah jadi Duta Brylcreem harap rajin-rajin pakai tonik rambut sebab umur masih muda tetapi nampak macam dah mula ada receeding hairline. Bayangkan kalau umur dia dah 30 tahun nanti. Tetapi rasanya tiada masalah, dia duit banyak boleh buat macam-macam treatment. Cuma kena rajin je!