Kisah sedih di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Kuala Terengganu

What? Are you kidding me?

Itu  adalah antara yang terkeluar daripada mulut CuteCarry bila terdengar kisah-kisah penghuni di rumah orang tua. Ada diantara penghuni  yang  mempunyai  ramai anak-anak tetapi tetap dihantar  ke rumah orang tua. Dikhabarkan sebahagian penghuni anak-anak mereka ni pun bukannya orang susah, ada yang bekerja sebagai cikgu, pegawai-pegawai dan ada diantaranya ustaz tetapi tetap tidak sanggup menjaga ibu-bapa mereka. Ingatkan kisah dalam  Cerekarama je macam tu tetapi bila dengar kisah-kisah mereka memang itu adalah kisah benar. Ada kes juga ibu bapa mereka asyik sakit dan pihak pengurusan menelefon anak-anak mereka tetapi sampai nazak atau meninggal dunia anak-anak tetap tidak menjenguk dengan alasan sibuk. Akhirnya anak itu menyuruh pihak pengurusan menguruskan jenazah ibu bapa mereka..

Tragiskan?

Seorang makcik ni asyik bersalam denga semua dengan mengatakan bahawa baju-baju,rumah orang-orang tua dan semua perkakasan sekeliling adalah milik seorang perempuan. Hairan juga kenapa dia berkata begitu. CuteCarry tahu dia nyanyuk tetapi sangat curious kenapa dia asyik menyebut nama perempuan itu. So, CuteCarry yang very the penyibuk ini hendak tahu apa yang berlaku telah memulakan kes soal menyoal orang sekeliling.   Sebenarnya nama perempuan yang disebut itu ialah nama anak perempuan makcik ini. Anak perempuan itu sebenarnya sudah berumahtangga tetapi suami dia memberi dua pilihan samada hendak ibu atau suami. Anak tu pun memilih suaminya dan ibunya dihantar kesini.  Dengar kata juga, si suami tu pun bukannya kerja calang-calang, berduit juga orangnya tetapi tetap makcik itu dihantar ke sini!

Kalau hendak bercerita kisah-kisah orang tua ini nanti takut pula ada diantara pembaca-pembaca yang menangis  sebab ada diantara yang mengikuti lawatan ke sini menangis sebab sedih.

MORALNYA IALAH WALAUPUN KITA ADA ANAK BERPULUH ORANG TIDAK SEMESTINYA ADA YANG INGIN MENJAGA KITA BILA TUA.

 

So, let find out why on earth CuteCarry posing besides the refrigerator?

Domestic goddess? Not in million years.

Sebenarnya peti ais ini adalah sumbangan rakan-rakan CuteCarry. Projek mengutip derma ini dibuat setelah CuteCarry mendapat tahu yang job seterusnya adalah di Kuala Terengganu. CuteCarry pun menyuruh assistant Cutecarry  untuk google rumah-rumah kebajikan di sekitar Kuala Terengganu dan terjumpa Rumah Sejahtera Taman Bahagia Kuala Terengganu.  Rumah ini adalah kelolaan NGO, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Registrer of Society (ROS) dan menurut ucapan daripada wakil rumah tersebut, sumbangan daripada orang ramai amatlah dihargai.  Setelah menelefon pengurusan rumah tersebut, CuteCarry dapat tahu yang mereka memerlukan peti ais. Mula-mula terfikir juga hendak beli peti aia jenis apa tetapi apa yang penting ialah RM! So, dalam masa lebih kurang 3 hari CuteCarry pun memulakan kutipan derma secara langsung, call kawan-kawan CuteCarry siapa yang hendak menderma. Well…kawan-kawan CuteCarry yang disayangi ni suka menderma, takkan lah tak menderma kan, beg Dior, LV, Gucci dan sebagainyua boleh beli, apalah sangat peti ais!! Oppsss…. BTW… YOU KNOW WHO YOU ARE. I LUV YOU MY FRIENDS FROM THE BOTTOM OF MY HEART.

 

CuteCarry akan buat banyak lagi kerja-kerja kebajikan. Hanya kepada yang benar-benar ikhlas dan percaya yang duit anda akan digunakan ke jalan yang benar. Jika anda ragu-ragu, janganlah menderma ya. Sebab itulah CuteCarry hanya meminta derma daripada kawan-kawan yang dikenali sahaja. Tiada dokumen, tiada surat minta derma, semua pakai mulut dan PR skill CuteCarry je.

Kepada yang ingin menderma kepada Rumah Kebajikan Taman Bahagia Kuala Terengganu, boleh call

09-6191282