Letaklah nama anda di atas beg Prada – Initials bag!

Kepada yang tidak tahu apa itu INITIALS, biar Cikgu CuteCarry terangkan, Initials ialah singkatan huruf untuk nama anda, contohnya jika nama anda ialah Peah Senget (PS), Awang Propa (AP),Hafiz Mustapha (HM), Kiah Rugged (KR) dan sebagainya..

Mengenangkan ramai yang suka letak nama kat beg-beg dan menunjukkan kepada rakan-rakan ia adalah hak milik anda sepenuhnya dan anda mampu memiliki beg mewah, Prada telah memperkenalkan Prada Initials Bag!

Beg ini nampak macam a bigger version of Prada Viaggio tetapi tiada label Prada. Errmm…sedikit turn-off sikit lah, sebab kalau sudah beli Prada, lebih baik kalau ada sedikit lambang Prada terpampang beg itu.