Kena kutuk kerana bergaya. Kisah di Kursus Penampilan Dan Komunikasi untuk Setiausaha

CuteCarry telah dijemput untuk memberi grooming dan juga komunikasi kepada sekumpulan setiausaha yang datangnya daripada seluruh pelusuk tanahair, termasuk Sabah dan Sarawak..eh…Sabah dan Sarawak tu Malaysia juga. Peringatan ye, jangan memalukan diri bila buat ucapan atau tulisan dengan kenyataan seluruh negara/ pelusuk tanahair dan Satu Malaysia tetapi ditambah “Sabah dan Sarawak”.

Kursus sehari di Hotel Quality ini meliputi segalanya,daripada hendak memakai baju apa, jenis baju yang sesuai dengan bentuk badan sehinggalah warna yang sesuai. Komunikasi juga dimasukkan seperti bagaimana hendak berinteraksi dengan bertatatertib. Setiausaha berlagak DIVA so not classy! CuteCarry menggelarkan setiausaha tersebut sebagai setiausaha LEGEND!~ Again, the snobbish legend!

Soalan CEPUEMAS yang ditanya CuteCarry ialah tentang bagaimana hendak bergaya jika ada orang yang kerjanya asyik mengata kita, JAWAPAN CUTECARRY ..perlukah kita pedulikan apa orang lain kata sampai menyekat kehendak kita? Bukannya kita hendak berpakaian macam pelacur atau sesuatu yang langsung tidak sesuai untuk ke pejabat tetapi kita hanya ingin bergaya. CuteCarry yakin orang yang mengata atau selalu mengkritik tu memang sebenarnya adalah bersifat salah satu ini-

i. Tidak pandai bergaya

ii. Gaya macam makcik-makcik or pakcik-pakcik

iii. Dia dah melewati zaman kegemilangan dan tidak dapat menerima ada yang lebih VOGUE daripada dia

iv. JEALOUS..anda cantik daripada dia atau ingatkan kita nak mengorat suami /boyfriend dia walhal sah sah anda memang rasa geli geleman untuk membayangkan suami/boyfriend dia.

v. Close minded..tetapi bila anak/kaum kerabat dia bergaya dia tidak bising pun…

vi. Anda mungkin bertudung atau tidak bertudung dan ingin bergaya dia kata tidak islamik tetapi dia puji orang yang pakai tudung tapi pakai baju ketat sampai nampak segala-galanya. Kononnya tudung tu sangat islamik walaupun baju ketat kalah swimsuit.

vii. Dia tidak mampu nak bergaya, mungkin dariapda segi kewangan atau fizikalnya yang kurang mengizinkan. Untuk melepaskan geram, dia pun mulalah mengutuk anda.

Diatas adalah antara contoh-contoh yang dapat disenaraikan. CuteCarry dah buat berpuluh kelas grooming/penampilan diri dan diatas adalah kisah benar! Apabila anda malu hendak bergaya disebabkan orang lain, anda memberi kemenangan kepada orang tersebut.

PLEASE DONT…

DI bawah adalah antara gambar-gambar kelas yang diadakan..

Untuk menjemput CuteCarry, call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com