T-shirt designer disangka t-shirt FREE uniform company

T-shirt adalah salah satu pakaian yang paling selesa dan boleh dipakai oleh semua orang.Anda boleh nampak classy, rugged, effortless, sophisticated, selekeh atau macam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tukang sapu sampah. Contohnya ada kawan-kawan CuteCarry yang nampak vogue, macho dan relax dengan memakai t-shirt putih dan jeans hitam tapi CuteCarry rasa seperti PATI tukang sapu sampah bila dressing macam itu. CuteCarry juga adalah penggemar t-shirt. Macam-macam jenis t-shirt ada dalam wardrobe CuteCarry daripada yang dibeli di pasar malam sehinggalah t-shirt designer daripada Armani sehinggalah kepada Calvin Klein (tapi mestilah yang original, I don’t wear fake, bukan berlagak tapi tak mau menolong orang yang suka menciplak hasil kerja orang lain). Harga-harga t-shirt yang dibeli CuteCarry perlulah kurang daripada RM500. Kalau lebih daripada itu, rasanya berat nak keluar duit!

CuteCarry in DKNY tee.

Tetapi satu peristiwa berlaku pada CuteCarry dimana kawan CuteCarry pun tersenyum dan tergelak.Ia berlaku ketika CuteCarry sedang hendak makan cendol disebuah gerai di sebuah pekan kecil. CuteCarry memakai designer t-shirt. T-shirt yang dipakai tu bukanlah untuk ke acara istimewa pun tetapi pakai buat hari-hari biasa atau jalan-jalan. Harganya pun tidaklah mahal macam t-shirt lain, cuma sekitar RM250 lebih jugak la sehelai (kawan CuteCarry beli t-shirt RM980!).Tetapi ketika CuteCarry sedang hendak order, makcik penjual cendol tu pun bertanya

“kerja mana ni pakai t-shirt macam ni?”..

Dia menegur CuteCarry dan kawan CuteCarry yang memakai t-shirt warna sama, cuma t-shirt kawan CuteCarry harganya RM30!

CuteCarry pun menjawab “kita tak kerja sama, baju je sama warna”..

Perli kawan CuteCarry pula ialah “maknanya dia ingat you pakai t-shirt FREE uniform company”

Tak tahu nak fikir apa bila terdengar komen cam tu. Tindakan refleks ialah terus makan habis semangkuk cendol. Lepas tu hampir nak tambah cendol kedua baru terfikir….

Ini menunjukkan bahawa sesetengah orang disekeliling kita tidak tahu pun apa yang kita pakai. Janganlah kita menganggap orang tahu berapa harga pakaian kita. Jika CuteCarry pakai baju designer dan lepak-lepak di Pavilion atau bila bersosial di sekitar The Curve mungkinlah orang akan tahu kita pakai designers from head to toe tapi bila dikawasan kampung, sapa peduli?

CuteCarry in YSL tee

Sebenarnya CuteCarry bukanlah hendak berlagak menunjuk-nunjuk hendak pakai semua designer sebab seperti yang dimaklumkan diatas baju pasar malam pun CuteCarry pakai. Tetapi teringat adaseorang rakan yang CuteCarry yang rasa terlebih ‘anggun’ bila berada di kampung. Dia asyik cerita kat CuteCarry yang dia nak meng impress kan orang kampung biar terpegun tengok dia pakai belt Hermes, kasut Cole Haan dan seluar Tommy Hilfiger. Tetapi adakah orang kampung akan terpegun atau dia syok sendiri?

Moral disini ialah pakai baju biarlah tujuan utama untuk kepuasan diri sendiri dan tujuan yang paling minima ialah untuk meng impress ka/menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Jujurnya CuteCarry tak rasa sedih pun bila kejadian disangka pakai baju FREE walaupun beratus rege sehalai t-shirt sebab memang CuteCarry selalu pakai designer t-shirt untuk ke mana-mana. Lagipun CuteCarry tidaklah mahu hendak ‘terover’ dressing bila di kampung atau pekan kecil. Biarlah kita nampak ‘selesa’ bila ditempat -tempat tertentu..

Again…it’s Fashion.Have fun!