Tun Mahathir The Musical

Ini adalah antara muzikal yang paling ditunggu-tunggu oleh CuteCarry. Antara faktor utama ialah beliau hampir menyebabkan CuteCarry keluar air mata duyung dan dia adalah idola CuteCarry. Beliau adalah Tun Mahathir. Negarawan dan lagenda!

From Office to Istana Budaya, wearing jacket from I can’t remember where, YSL tee, Padini Pants and overused Gucci sneakers.

Muzikal Tun Mahathir dibintangi oleh nama ternama seperti Erra Fazira (Tun Siti Hasmah), Esma Danial (Tun Mahathir dewasa), Zizan Nin (Tun Mahathir remaja) dan ramai lagi.

Paling CuteCarry kagumi ialah lakonan Esma Danial sebagai Tun Mahathir, memang SEBIJIK macam Tun Mahathir. Bila dilihat daripada beberapa sudut, memang nampak seakan-akan kelibat Tun Mahathir! Kagum dengan penghayatan aktor ini terhadap wataknya, daripada cara berjalan,cara bercakap,cara duduk,memang macam Tun M!

Banyak yang CuteCarry pelajari, antaranya ialah Tun M mula bergerak aktif dalam politik di Alor Setar,