PROTOKOL SUSUNAN GAMBAR RASMI KERAJAAN MALAYSIA
18 July 2019Menyesal Buat Sulam Bibir
1 August 2019Saya sering mendapat private message daripada salah seorang follower yang berkongsikan masalahnya. Laila (bukan nama sebenar) berasa malu sangat dengan suaminya serta rakan sekerjanya, kerana masalah KELEMUMUR YANG TERUK. Maklumlah Laila seorang yang tidak bertudung, free hair. Sampai Laila bertanyakan kepada saya, PERLUKAH DIA MENUTUP KEPALANYA YANG BERKELEMUMUR ITU DENGAN MEMAKAI TUDUNG?
Tambahnya lagi, bila selak saja rambut, penuh berkerak kulit kepala dengan kelemumur, dengan bau hapaknya lagi. Bahu penuh dengan kelemumur macam salji, LAGI NYATA BILA PAKAI BAJU BERWARNA GELAP. Laila rasa down sangat dan tak tahu nak buat apa kerana rakan sekerja pun geli tengok kepalanya yang berkelemumur berpanjangan.
Setiap hari Laila memakai baju berwarna cerah sahaja bagi mengelak daripada kelemumur itu nampak ketara jatuh pada bahu. KETIKA MAKAN DAN BERBUAL DENGAN RAKAN-RAKAN, asyik menggaru kulit kepala tak tentu pasal. Laila RASA TAK CONFIDENT langsung dan segan dengan orang sekeliling. Suami Laila pun dah banyak kali tegur dan disebabkan kulit kepalanya berkelemumur teruk, HUBUNGANNYA DENGAN SUAMI PUN SEDIKIT TERGANGGU. Mungkin suami Laila pun GELI DENGAN KELEMUMUR YANG MENEBAL. Saya betul-betul rasa tak confident langsung dan segan dengan orang sekeliling.
Saya amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi Laila , jadi saya nak kongsikan 10 PETUA HILANGKAN KELEMUMUR.
Semoga dapat dimanfaatkan bersama ye. Boleh LIKE & SHARE dengan rakan-rakan yang sedang menderita kegatalan masalah kelemumur. Selamat mencuba! Insyallah mudah-mudahan hilanglah masalah kelemumur anda.
Daun pandan
- Ambil beberapa helai daun pandan yang tua.
- Kisar sehingga halus, dan sapukan ke kulit kepala.
- Urut selama 15 minit dan basuh.
Santan kepala
- Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut.
- Pastikan kulit kepala juga diselaputi oleh santan.
- Urut buat seketika dan balut dengan tuala/shower cap.
- Biarkan selama 2 jam.
- Basuh rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala.
Daun inai
- Tumbuk daun inai sehingga lumat.
- Sapukan ke kulit kepala dan balut kepala selama 30 minit.
- Basuh sehingga bersih.
Limau nipis/Lemon
- Potong 3 biji limau nipis ataupun jika tiada boleh gunakan beberapa hirisan lemon dan campurkan dengan satu gayung air.
- Perah limau/hirisan lemon sehingga keluar jusnya.
- Selepas anda selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis/lemon tadi, ramaskan rambut dan pastikan sampai ke kulit kepala.
- Tidak perlu dibilas. Lakukan sekerap yang boleh.
Aloe vera
- Ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan ke seluruh kulit kepala.
- Urut seketika bagi memastikan jel aloe vera dapat diserap dalam kulit kepala.
- Biarkan selama 30 minit, dan cuci dengan bersih.
Minyak argan
- Sapu minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi.
Minyak zaitun
- Sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.
Bawang putih
- Hancurkan seulas bawang putih dan gosok pada kulit kepala.
- Untuk elakkan daripada bau bawang putih melekat pada kulit kepala, campurkan sedikit madu bersama bawang putih.
- Urut lembut pada kulit kepala sebelum bersyampu seperti biasa.
Baking soda
- Ambil satu sudu kecil baking soda dan sapukan ke kulit kepala yang basah.
- Seeloknya dilakukan sambil anda mandi.
- Urut kulit kepala untuk seketika dan bilas.
- Sambung mandi seperti biasa.
Garam bukit
- Larutkan 2 sudu kecil garam bukit dalam gayung
- Siramkan air garam keseluruh kulit kepala.
- Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air biasa sehingga bersih.
- Keringkan rambut. Lakukannya dua kali seminggu.
#tipscutecarry #kelemumur #dandruff #kulitkepala #kesihatanrambut #health #petua #tradisional #natural #imageconsultant #perundingimej #womenfashion #menfashion #stylelelaki #hygiene