3 NEGERI DALAM SATU HARI! (Kursus Grooming bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Kelebihan kerjaya saya ialah dapat berjalan ke merata-rata tempat dan merasa pelbagai keseronokan disesuatu tempat. Bukan semua orang dapat merasa seperti apa yang saya rasa. Jika ada yang menunggu cuti untuk bersantai ditepi laut, saya mendapat kelebihan percuma. Kursus-kursus yang dianjurkan di hotel di tepi pantai membolehkan saya bekerja sambil bercuti.

TETAPI ada kalanya ia amat memenatkan terutamanya jika anda berada di beberapa tempat dalam masa yang singkat.

IKUTI PERJALANAN bertajuk AROUND 3 STATES IN A DAY

Saya telah dijemput untuk mengendalikan kursus selama 3 hari 2 malam bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Hotel Impiana, Ipoh. Seronok sangat bersama dengan orang KKMM. Kursus ini dinamakan KURSUS GROOMING dan memang saya mengambil kesempatan untuk ‘grooming’ mereka betul-betul!

NEGERI PERTAMA: PERAK

Pada hari ketiga adalah hari yang amat memenatkan tetapi amat menggembirakan. Kursus habis pada tengah hari dan seperti biasa….

C for CuteCarry!
Peserta terdiri daripada pelbagai skim dalam KKMM; wartawan, akauntan, pembantu tadbir, pegawai tadbir diplomatik, polis bantuan (kakitangan keselamatan) sehinggalah kepada pegawai perhubungan pelanggan.



 

Maklumbalas yang  amat positif diterima daripada peserta. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai skim yang berlainan, tetapi melalui penyampaian yang sesuai mereka berjaya menerima perkongsian.

Walaupun sibuk, tempat yang wajib dikunjungi jika di Ipoh dipagi hari. HollyWood Cafe dan chee cheong fun. Heavan.

Kursus ini juga turut dihadiri oleh rakan lama CuteCarry.

NEGERI KEDUA: KEDAH

Jika anda hendak tahu, ini ialah pembantu saya Hidayah. Beliau adalah individu bertanggungjawab menguruskan jadual dan pelbagai urusan harian saya.

She is a graduate in Bachelor Degree in Engineering but now she is working with me.

Sempena perkahwinan ini, saya hadiah pakej percutian ke Bali. Enjoy your honeymoon.

I am wearing a cheap and chic Kitschen animal print shirt. Only RM69 for two pieces. It is a steal! Clutch from Ted Baker KLCC.

 

NEGERI KETIGA: KEDAH

Pulau Pinang untuk makan dan membeli belah. Pertama kali menjejakkan kaki di Queensbay Mall. Not bad. Pelbagai jenama berada disini dan orang Penang boleh membeli item fesyen tanpa perlu ke KL.

 

Penat? Seharusnya sangat penat kerana keesokan harinya akan berangkat ke Pahang.  Keseronokan bekerja mengatasi segala kepenatan. Tahukah anda saya tidak pernah merasakan kerja saya sebagai bebanan? Ia lebih kepada hobi yang amat menguntungkan.

Till next entry…

Berminat menganjurkan kursus di tempat anda?

Kepakaran CuteCarry ialah didalam kursus-kursus untuk korporat dan kerajaan seperti 5s, penjenamaan, perunding imej, keterampilan diri, protokol, etiket, motivasi, komunikasi, neuro linguistic programming (NLP), bahasa badan, pengendalian majlis rasmi dan sebagainya.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA