Bagaimana melayan haters dalam media sosial? (Kursus IMEJ ABC bersama Jabatan Imigresen Malaysia Johor)

Antara isi kandungan didalam Kursus IMEJ ABC (Appearance, Behaviour, Communication) bersama CuteCarry ialah berkenaan dengan pengurusan media sosial. CuteCarry adalah seorang yang amat aktif dalam media sosial dan perkembangan CuteCarry Sdn Bhd adalah kerana kekuatan media sosial.

Pengalaman juga mengajar tentang bagaimana untuk menguruskan media sosial; pengalaman baik dan yang kurang menarik.

CuteCarry ceritakan disini pengalaman yang kurang menarik untuk dijadikan pedoman supaya anda tidak melakukan kesalahan yang sama macam CuteCarry.

Haters can be so annoying and super extra annoying if we started to communicate with them. Mereka akan cuba mencari kesalahan dan kelemahan kita; contohnya mereka akan mengutuk fizikal kita sehinggalah kesalahan tatabahasa (grammar). Mereka akan bertukar menjadi guru Inggeris akibat kebencian yang melampau dalam hati mereka.

Kebanyakan hater adalah orang yang kita tidak kenal. Kadang kala tertanya-tanya kenapa mereka membenci kita.

Apa faktor seseorang menjadi hater ?

Teori CuteCarry ialah:-

1. Most of the haters are lack of love and affection so in order to get the missing link they  hate us.

2. Mereka cemburu dengan apa yang kita ada dan pencapaian kita

3. They try to be like us and they failed miserably. So, hate is the way to be.

4. Kehidupan mereka adalah menyedihkan; mungkin pernah didera secara emosi oleh keluarga atau orang sekeliling

 

Kisahnya ada seorang  yang saya TAK PERNAH KENALI atau BERJUMPA selalu komen dgn kutuk-kutuk dan sindir dlm my personal facebook account (yes,,, mine are public) and instagram tapi saya tak layan. Saya blocked dia tapi dia wujud dlm my facebook fanpage dan mula perli dan terus mengutuk dlm facebook tapi KESILAPAN saya ialah saya TERLAYAN dia because I was so pissed off. But ada follower yg kurang tahu kisah  hujung pangkal kutuk I balik kata kenapa saya kutuk hater saya tu. Pengajaran, jangan layan haters dan mereka yg bersikap negatif dan komen tak tau hujung pangkal. Saya belajar daripada kesilapan ini.

Cara untuk melayan HATER ialah JANGAN melayan mereka. Anda boleh block mereka sebaik sahaja mereka mula menyakitkan hati anda. Jika anda terlayan sebenarnya mereka akan berasa lebih puas hati kerana apa yang mereka mahukan ialah PERHATIAN anda. Jika kita marah, bermakna kita memberi perhatian kepada mereka dan siapakah yang akan menang? HATER itu.

Cara seterusnya ialah memberi reverse psychology pada hater tersebut. Try to be nice to them.  Nice, puji dan terus memuji, akhirnya mereka tiada modal untuk terus mengutuk kita, tetapi sanggupkah anda memuji mereka.

Hater akan hanya menerbitkan aura negatif dalam diri kita, oleh itu run away from them, block them, unfriend, stop following them. Run, run as fast as you can from them!

Jika anda terus melayan mereka, anda meletakkan taraf kita sama dengan mereka.

Itu adalah antara yang CuteCarry kongsikan ketika mengendalikan kursus IMEJ bersama pegawai dan kakitangan di  Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

CuteCarry juga menawarkan perkhidmatan menguruskan kursus bermula dari A ke Z. Ini bermakna CuteCarry menguruskan hotel sehinggalah kepada makanan, peralatan dan semestinya penceramah. Urusetia tidak perlu pening kepala kerana semua telah diuruskan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Berminat menganjurkan kursus untuk organisasi anda?

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Lupakah pasa hater kerana jika di Johor, jangan lupa kacang pool dan tauhu goreng di Kacang Pool Haji, Larkin Bomba.

TERBAIK!

 

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

    1. Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat  CuteCarry  dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-

i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA

  1. Nilai harga perkhidmatan terkumpul ini hanya untuk pakej ceramah/konsultasi dan bukan meliputi pakej hotel, penginapan atau makanan
  1. Kursus-kursus percuma  boleh dipilih hanya daripada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat CuteCarry.
  2. Slot ceramah percuma ini adalah bergantung kelapangan (availability) penceramah dan penganjur.
  3. Syarikat CuteCarry hanya menyediakan khidmat penceramah sahaja dan boleh memilih mana-mana penceramah yang berkelapangan.
  4. Tempoh untuk menebus perkhidmatan ini dalah daripada Februri 2015 sehingga Februari 2016.
  5. Organisasi adalah bermaksud seperti yan tertera didalam sebutharga.
  6. Ceramah percuma ini tidak termasuk kos makanan, tempat, nota, alat tulis, sijil atau apa-apa perkhidmatan atau bahan bantuan mengajar tambahan.