Dlike Delight bersedekah sempena Bulan Umrah
3 May 2013Rumusan PRU 13: CuteCarry mengundi di Kuala Kangsar (termasuk laksa kuale!)
6 May 2013Perasaan gemuruh adalah perasaan normal untuk sesetengah orang jika kita berucap atau membuat persembahan. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini walaupun sudah beratus kali membuat persembahan. CuteCarry akui walaupun dah terlalu banyak kali buat presentation, talk atau kendali workshop kadangkala terasa juga debarannya. Perasaan berdebar ini kadang kala boleh merosakkan persembahan dan akhirnya maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat sampai kepada audience.
Peristiwa CuteCarry yang tidak dapat dilupakan iaitu satu presentation CuteCarry sangat gagal. Ia adalah peristiwa yang sangat memalukan dalam hidup Cutecarry. Rasa nak masuk kepala dalam pasir macam burung ostrich!
Ini adalah rupa Cutecarry kerana terlalu malu, kaki panjang halus chopstick dan kepala masuk dalam lubang pasir sebab malu!
Disebabkan pengalaman ini, CuteCarry pun mempelajari teknik untuk menghilangkan rasa gemuruh ketika berucap dan seterusnya perasaan gemuruh pun dapat dikurangkan. Cutecarry pun berkongsi pengalaman bagaimana untuk mengurangkan rasa gemuruh dan seterusnya anda berjaya membuat pengucapan awam dan persembahan.
Antara tekniknya ialah:-
i. Faham dan jangan hafal
Fahami apa yang anda ingin persembahkan. Memahami maksud yang ingin disampaikan membolehkan anda mengolah ayat-ayat atau perkataan yang ingin disampaikan. Jika anda hafal, terlupa satu ayat, kemungkinan besar anda akan blur dan seterusnya terus jadi disaster… Jika memahami, jika terlupa satu fakta anda boleh terus bercakap apakah fakta yang seterusnya.
ii. Jangan duduk sebelum mengadakan persembahan
Jika anda duduk sebelum berucap, berkemungkinan anda akan berdebar-debar ketika anda terus bangun ketika berucap. So, kalau ada kesempatan, sila berdiri.. jangan duduk.
iii. Bayangkan audience hanya manusia biasa
Walaupun audience berpangkat tinggi, boleh bayangkan yang mereka hanyalah manusia biasa yang berminat mendengar apa yang kita katakan. Mereka pun kadang-kadang bukannya pandai sangat pun!!
iv. Jangan tengok mata audience
Ini bukanlah bermakna audience mempunyai mata laser ataupun puntianak mata merah seperti The Cullen, tetapi jika anda melihat mata, berkemungkinan anda akan rasa gemuruh dengan ekpressi mata mereka. Oleh itu, lihatlah bahagian dahi mereka! Percayalah, anda akan merasa kurang gemuruh.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin CuteCarry kongsikan, terlalu banyak tetapi apa kata anda minta organisasi yang anda wakili untuk melantik CuteCarry mengendalikan workshop atau talk di tempat anda seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan?
Kursus selama 3 hari 2 malam ini dibuat di Hotel Naza Talyya, Melaka. Antara kandungan kursus ini ialah grooming/penampilan diri, komunikasi dan juga pengucapan awam. Ada diantara mereka yang terpilih untuk membuat pengucapan awam adalah pengalaman mereka yang pertama! Walaupun sudah bertahun, berbelas malah berpuluh tahun bekerja ini ialah kali pertama mereka membuat pengucapan awam! Tetapi mereka berjaya membuat pengucapan awam yang sangat baik (sampai ada yang berucap lebih masa pulak!)
Jika berminat, apa kata hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.co, atau click sini. Banyak lagi kursus anjuran CuteCarry!
Best juga mendengar pengalaman mereka berucap!
Kursus ini juga turut disertai oleh make up artist CuteCarry iaitu Joey Makeover.
Gambar-gambar sekitar kursus tersebut. Nak tengok banyak gambar lagi, sila like facebook CuteCarry. Banyak info menarik disini.