Bergaya BAJU MELAYU MODEN CUTECARRY!
19 May 2015Lobster yang paling murah, sedap dan segar di Kota Kinabalu (Kursus bersama Setiausaha MARA)
22 May 2015Tahukah anda satin atau sesetengah sutera boleh menyebabkan anda nampak gemuk? Pernahkah anda terasa amat panas ketika memakai satin ataupun terasa diri terlalu formal?
CuteCarry telah berkesempatan untuk ke Pasar Payang Kuala Terengganu ketika diberikan tanggungjawab mengendalikan kursus Setiausaha untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Pasar Payang adalah pusat terkenal batik-batik Terengganu tetapi satu yang menarik perhatian ialah batik cotton yang moden, ‘effortless’ dan boleh dipakai dimana-mana sahaja. Harganya pun tidak terlalu mahal. Rekaan yang menarik dan boleh dibuat baju kurung, blouse, kemeja ataupun skirt. Jika anda ke Pasar Payang, apa kata beli sehelai dua ataupun berhelai-helai!
CuteCarry telah memegang kain ini dan strukturnya adalah lembut dan jika dibuat baju dengan potongan yang betul, anda tidak akan nampak gemuk berbanding sesetengah cotton.
Setiausaha-setiausaha yang cantik jelita bersama batik cotton Terengganu.
CuteCarry with Dato’ Abdul Rahman, SUB Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM). Thank you Dato’ for your trust to conduct your programme.
Beliau bersama-sama mengikuti kelas ini. Terasa amat bangga kerana beliau adalah seorang yang amat senior tetapi tetap duduk didalam kelas anjuran saya. Alhamdulillah beliau merasa amat berpuas hati dan bercadang untuk mengadakan kelas seperti ini bersama CuteCarry di masa hadapan.
I am having so much fun in Kuala Terengganu.
Morning from Kuala Terengganu… jom jogging!
Makan. Jangan lupa laksa kuah merah.
Kursus telah diadakan di Felda Residence, Kuala Terengganu. Ia terletak berhampiran dengan Kampung Cina (Chinatown Kuala Terengganu). Ia memang sesuai untuk dibuat kursus kerana bilik seminar yang selesa disamping makanan yang boleh tahan. Loved the karipap that I had during break. Cuma agak terkilan sewaktu sarapan pagi, langsung tidak merasa nasi dagang. Mungkin pagi-pagi CuteCarry berada disana bukan pagi disediakan hidangan nasi dagang. Peserta pun tertanya-tanya kerana sepanjang mereka berada dihotel tersebut, tidak dihidangkan nasi dagang.
Tetapi hati gembira dapat makan ini.
Pemandangan menarik dari bilik hotel.
Peserta bersama-sama dengan sijil daripada CuteCarry, ditandatangani sendiri oleh saya!
Selesai mengendalikan kursus Secretary Weekend with CuteCarry for Kem. Komunikasi Multimedia Malaysia di Kuala Terengganu saya berjumpa dengan rakan lama Kak Zuraifah.
Kami adalah coursemate, Bachelor Degree in Accountancy. Tidak pernah berjumpa sejak menamatkan pengajian. Beliau meneruskan kerjaya didalam bidang Kewangan & Perakaunan di sini manakala saya menjadi perunding imej. Kami amat rapat waktu belajar dulu. Teringat zaman-zaman ‘kegemilangan’!
Ada kawan saya graduate Medical Doctor tapi sekarang jadi mak andam!
Asalkan kita gembira! Siapa yg belajar lain tapi kerja lain?
Terima kasih semua!
Kebaikan memilih penerbangan Malaysia Airlines, kita boleh menukar jadual tiket dengan MUDAH. Hari terakhir kelas telah tamat pada jam 12.00 tengah hari dan kena check out dari hotel sejurus selepas itu. Selesai check out, CuteCarry keluar makan tengah hari bersama rakan dan kemudian terus ke lapangan terbang. Alhamdulillah, tiket asal pukul 9.40pm tapi dapat juga balik KL flight seat standy pukul 4.05pm. Kalau tak membeku saya di airport Kuala Terengganu.
Terima kasih kepada KKMM kerana kepercayaan yang diberikan. Moga kita dapat bekerjasa lagi dilain masa. Ini bukanlah kali pertama CuteCarry bersama mereka. Alhamdulillah…
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA