Mall terbesar di Terengganu bernilai RM900 juta
4 April 2017Nizam OKU paling berjaya!
4 April 2017Anda mungkin pernah ada beg Louis Vuitton. Ia tetap menjadi pilihan walaupun ada yang kata ia brand untuk setiausaha atau orang kebanyakkan. Erm…saya kurang lah bersetuju. Setiausaha mampu beli, semua orang mampu beli, makcik duduk rumah pun mampu beli LV. Harga LV tetap mencecah ribuan ringgit. Contohnya ialah NEVERFULL yang harga sekitar RM4000 sehingga RM5000 (bergantung pada saiz…juga exchange rate!). — fishes image from meticulousmick.
Seorang cucu menghadiahkan beg ini kepada neneknya kerana melihat neneknya menggunakan beg yang sama. Ia menjadi viral bila nenek ini membeli belah di pasar dan meletakkan ikan didalam beg ini. Komen neneknya ialah beg ini agak kukuh tetapi berat. Viral nenek tu….
Oh.. saya memang setuju dengan komen nenek ini tentang kekukuhan beg LV. Saya ada Louis Vuitton Monogram Cabas Beaubourg Tote Bag yang saya gunakan selasak mungkin. Beg ini memang tahan lama. Letak laptop, fail-fail dan segalanya. Saya letakkan beg ini dalam bonet kereta je (true story) tapi tetap tahan lama!
Alah membeli menang memakai. Tak kisahlah orang kata beg ini ketinggalan zaman tapi pada saya ia klasik dan tahan lama!
ps: itu gambar I dengan my precioussss… my nieces. They worth more than any bags or possessions. Priceless….