MERDEKA ke?
31 August 2016Panggilan ‘sis’ dan ‘awak’ kurang profesional?
26 September 2016Selamat Menyambut Aidiladha. Tahun ini saya tidak menyambut hari raya korban di luar negara seperti kebiasaan.
I can’t be in Cambodia this year but I did something, just a small contribution to the community. If you want to contribute to Malay Cham community in Cambodia, please contact +855 70 902 910 ( Salim).
Pada tahun lepas saya berhari raya di Siam Reap. Keramahan dan sifat baik masyarakat Melayu Champa saya akan ingat sehingga akhir hayat.
..
Saya benar-benar berkorban tahun ni. Bukan sahaja korban lembu tapi percutian!
Tahun ini beraya di kampung sahaja. Perancangan adalah untuk menyambut Aidiladha di Sri Lanka tetapi terpaksa dilupakan disebabkan oleh komitmen kerja.
Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Sedikit frust tapi takpelah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin projek-projek ini akan membawa kepada peluang lebih besar untuk syarikat saya yang kecil ini.
..
-Ramai yang tanya kenapa selalu ke oversea waktu perayaan?
Jawapannya ialah waktu tu je yang saya ada masa untuk berehat. 3 waktu iaitu Raya Puasa, Raya Haji dan Akhir tahun. So waktu tu lah nak travel ke mana pun tapi tahun ni raya haji pun saya busy.
..
-Ada yang hairan family tak kisah ke waktu raya bagai bercuti?
My family pun dah tahu dan memahami. My schedule dan waktu kerja bukan macam orang lain. Jika saya pergi waktu bukan cuti perayaan, kerugian adalah kepada syarikat saya.
Jadual yang sangat pada tahun ini. Tiada langsung waktu rehat diantaranya. Walaubagaimanapun, saya amat gembira kerana ini adalah ‘passion’ saya.
Seminar dua hari Pengurusan Pelanggan bersama CuteCarry untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).
Selesai di Sungai Petani, saya bergegas ke Kuala Kedah untuk tugasan seterusnya di Langkawi tetapi ada sedikit ‘masalah’.
Saya menempah tiket melalui jeti Kuala Kedah tetapi feri dibatalkan saat akhir disebabkan oleh faktor cuaca. Sesi akan bermula pada jam 8.30 pagi keesokan harinya. Saya terpaksa ke Kuala Perlis untuk mengambik feri terawal pada jam 7.00 pagi.
Feri hanya mengambil masa sekitar sejam untuk sampai ke Langkawi. Tepat pada jam 8.30 pagi saya telah berada di Hotel TH.
Seminar Komunikasi & Pengurusan bersama CuteCarry untuk FAMA. Peserta daripada FAMA seluruh negara.
Selesai sahaja sesi di Langkawi saya bergegas ke Port Dickson.
Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) FAMA.
Thank you very much for your trust in me. (my tired face!)
Thank you very much Datin..
Habis talk terus dapat cek, pantas betul kerja Akauntan hahahaha
CuteCarry bersama Jabatan Akauntan Negara untuk seminar IMEJ ABC Jom Cantik & Vogue.
Saya bergegas kembali ke CuteCarry Academy untuk mengendalikan Seminar Super Tailor. Alhamdulillah, syarikat saya yang kedua ini semakin berkembang.
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?
Kursus bukan sahaja didalam bidang imej, penampilan, protokol dan komunikasi tetapi pada tahun ini kami mempelbagaikan perkhidmatan seperti kursus MOTIVASI, TEAM BUILDING, NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING, PEMBINAAN KERJAYA dan PELBAGAI LAGI.
Sila klik disini. atau hubungi 012 473 3545 atau 0193290397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.