Ia adalah perkara yang sangat menenangkan selepas sibuk selama berminggu-minggu mengendalikan kursus di seluruh negara.
Ini adalah bilik chalet CuteCarry di Agro Resort, Setiu di Terengganu. Tenang kan? Chalet ini terletak di atas tasik dan dikelilingi kehijauan pokok-pokok. Suasana memang terasa seperti berada di kampung kerana pokok-pokok seperti pandan dan kilasan ikan dalam tasik. Jika anda kaki pancing, mesti terasa hendak nikmatnya!
Luangkan masa untuk berehat dan menikmat alam sekeliling. Ia ada terapi yang amat berkesan!
Jika anda inginkan ketenangan bolehlah berehat disini. Tempah bilik atas tasik untuk pengalaman baru.
CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan Kursus IMEJ PROTOKOL untuk Guru-Guru dan kakitangan Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 1 Kuala Lumpur di Setiu Terengganu.
Terima kasih semua. CuteCarry amat gembira dengan layanan dan kerjasama yang diberikan oleh urusetia dan peserta.Kami banyak bergelak ketawa sepanjang kursus dalam keadaan santai ini. Anda semua adalah terbaik!
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Leave a Reply