CuteCarry adalah lulusan Bachelor Degree in Accountancy. Jika ada yang bertanya kenapa daripada perakaunan jadi perunding imej atau buat konsultan penjenamaan 5s, jawapan CuteCarry ialah “I dah kerja account, rasanya it is not me!”. Ini bukanlah bermaksud bekerja bidang perakaunan membosankan tetapi setelah bekerja selama empat tahun, CuteCarry merasakan ia bukan lah bidang yang ingin diceburi sehingga hari tua. Walaubagaimanapun, bidang perakaunan mengajar CuteCarry menjadi lebih berdisiplin terutamanya didalam menyusun data. Jika tersalah susun data, ia akan kelihatan kerana dalam akaun, nombor tidak boleh dimanipulasi dengan mudah.Mana boleh manipulasi debit dan kredit atau akaun profit & loss. Ohh…nak cuba ye, tunggu kalau audit tanya, pandai-pandailah menjawab!
CuteCarry juga jadi sangat cekap didalam menggunakan excel kerana pada zaman kerja akaun dulu, excel ialah mainan setiap hari. Perakaunan juga mengajar CuteCarry supaya sentiasa berhati-hati didalam menguruskan kewangan perniagaan dan itu adalah survival didalam sesuatu perniagaan.
Itu adalah keindahan ilmu. Jangan membenci ilmu kerana anda akan menggunakannya pada suatu hari.
Latar belakang CuteCarry ini menyebabkan diri terasa sangat excited bila dijemput mengendalikan kursus IMEJ ABC untuk Jabatan Bendahari Universiti Malaya. Pegawai-pegawai disini kebanyakannya ialah lulusan Perakauanan dan ini menyebabkan terasa amat senang memahami mereka. Antara ciri-ciri orang-orang akaun ini kalau kerja mesti tekun dan bersungguh-sungguh. Jika anda tidak percaya, cuba ke mana-mana jabatan kerajaan atau swasta, siapakah antara pekerja yang paling tekun dan berdisiplin. Mana boleh main-main sebab kita menguruskan kewangan yang jika tersilap, buruk padahnya.
Terima kasih diucapkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Bendahari yang TERNYATA amat best dan sangat-sangat ceria. Jika anda rasa orang-orang kewangan atau akaun jenis serius, think again, they are not. Thank you very much for the opportunities.
C for CuteCarry!
JIKA ANDA MASIH MERAGUI KATA-KATA CUTECARRY YANG MEREKA AMAT-AMAT SPORTING DAN HAPPENING, SILA CLICK VIDEO DIBAWAH. Terbaik lah….
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=HntmYpM1c78&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA&index=2[/youtube]
ps: Sesungguhnya, kalau dah namanya kewangan memanglah efisyen dan cepat. Bayaran CuteCarry dikeluarkan dengan amat cepat. Terima kasih Bendahari Universiti Malaya! Tabik…
Walaupun apa pun aktiviti jabatan anda, anda boleh menjemput bekas budak akaun jadi image consultant ni…
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Leave a Reply