Cabaran mengendalikan kursus semasa bulan puasa

Bulan puasa, terutamanya pada minggu-minggu awal adalah satu minggu yang amat mencabar kerana CuteCarry menghadapi masalah mengantuk. Darjah kemengantukan ini bukanlah sesuatu yang biasa-biasa tetapi sangat teruk sehinggakan rasa hendak tidur 10 jam.
CuteCarry telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kursus untuk kakitangan Universiti Malaya untuk dua sesi iaitu pada minggu pertama dan minggu ke tiga.

Tajuk kursus ialah Imej dan Pengendalian Majlis

Minggu pertama sangat mencabar, CuteCarry memandu ke tempat kursus pun hampir tertidur dalam kereta dan bila sampai ke lokasi kursus, CuteCarry tidur sebentar dalam kereta, baru rasa lega sikit.
Tetapi kerana telah diberikan tanggungjawab, CuteCarry berusaha memberikan yang terbaik dan alhamdulillah, maklumbalas yang diberikan melalui borang penilaian amat baik.

Keadaan amat berbeza bila minggu ketiga. CuteCarry kembali kepada normal dan tiada lagi rasa mengantuk. Badan memerlukan masa untuk membiasakan diri, terutamanya jika setiap pagi CuteCarry akan minum green tea, oleh itu jika tidak ada unsur kafein, cepatlah mengantuk.

Tambahan pula, peserta pun happening, lagilah masa berlalu terlalu cepat!!!

They love me, they love me!!!(ehhhhhh……..so proclaimed!)
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=pfruN6Bm2GA[/youtube]

XOXO

BERMINAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN CUTECARRY, SILA HUBUNGI 0193290397 ATAU EMAIL cutecarry@yahoo.com atau click disini